Jabatan Perkhidmatan Awam
LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI
PERKHIDMATAN GUNASAMA DI BAWAH KPPA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PERMOHONAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)




  1. Pastikan pemohon mendapat kelulusan dan pengesahan kelayakan daripada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan.
  2. Permohonan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanyalah untuk pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) iaitu bagi klasifikasi perkhidmatan M, N, F, J, W dan S sahaja dan telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Pastikan pemohon merujuk Jadual Peperiksaan PTK yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Gunasama di bawah KPPA bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web JPA untuk mengetahui butir-butir peperiksaan sebelum mengisi borang.
  4. Calon dibenarkan memohon peperiksaan lebih daripada sekali setahun bagi Tahap Kecekapan (TK) yang beliau layak HANYA SETELAH memperolehi keputusan PTK yang terdahulu.
  5. Pastikan maklumat yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya maklumat didapati tidak benar keputusan Penilaian Tahap Kecekapan berkenaan akan TERBATAL.
  6. Calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
  7. Calon tidak dibenarkan menukar pusat peperiksaan.
  8. Keputusan permohonan boleh disemak secara online melalui Semakan Status Permohonan DUA(2) minggu sebelum tarikh peperiksaan.
  9. Sila klik di sini untuk membaca Panduan Mengisi Borang.

Panduan Mengisi Borang Melalui Laman Web

  1. Pilih menu Permohonan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan.
  2. Skrin borang akan dipaparkan. Hanya peperiksaan yang belum ditutup permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.
  4. Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
  5. Bagi sesuatu jenis peperiksaan, anda dibenarkan memohon LEBIH daripada SATU (1) bahagian. Sila rujuk kepada Jadual Peperiksaan Tahunan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam untuk mengetahui bahagian yang perlu diambil.
  6. Pilih bandar dimana peperiksaan akan diambil dan anda dinasihatkan memilih bandar yang paling hampir dengan pejabat tempat anda bertugas. Walaubagaimanapun, penempatan Pusat Peperiksaan akan ditentukan oleh Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Bagi calon luar negeri, pilih negara tempat anda sedang berkhidmat dari senarai yang diberikan.
  7. Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati lengkap, klik butang Hantar untuk hantar maklumat.
  8. Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui WEB. Slip ini perlu dicetak bagi tujuan bukti permohonan.

Muka depan | Portal JPA | Laman Utama
Bantuan Teknikal: helpptk@jpa.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan peperiksaan PTK , sila alamatkan kepada Email Pentadbir ptk@jpa.gov.my

© BPM 2008