|
|
Perkhidmatan Kritikal
ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang tidak boleh tidak diperlukan oleh kerajaan,
mempunyai ciri-ciri penawaran(supply) yang rendah serta pengisian jawatan yang
sukar dilakukan.
Penentuan perkhidmatan
kritikal berdasarkan 4 kriteria utama, iaitu:
-
Peranan dan sumbangan
perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.
-
Kedudukan persaingan dalam
pasaran buruh bagi tenaga anggota yang terlatih.
-
Kelayakan dan kebolehan
yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut.
-
Keadaan persekitaran kerja
Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
(BIPK)
- 10% daripada gaji pokok bagi
pegawai dalam kumpulan sokongan
- 15% daripada gaji pokok bagi
pegawai dalam kumpulan sokongan Skim Perkhidmatan Jururawat
- 5% daripada gaji pokok bagi
pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Bagi pegawai Perubatan dan
Pensyarah Perubatan :
-
(a) RM500 sebulan di Semenanjung Malaysia; dan
- (b) RM500 sebulan ATAU 10%
daripada gaji pokok mengikut mana yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak
Peraturan
Bayaran BIPK (Ruj. JPA(S) 256/21/3 Klt. 2(38) bertarikh
30 Nov. 1992
)
-
Seseorang anggota yang berada
dalam perkhidmatan kritikal adalah layak dibayar Insentif Perkhidmatan
Kritikal sekiranya telah menepati semua kriteria berikut:-
(a) mempunyai kelayakan/kelulusan yang disyaratkan dalam
skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai perkhidmatan kritikal;
(b) dilantik sebagai anggota tetap/sementara dalam
perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai perkhidmatan kritikal;
(c)
sebenarnya menggunakan kelayakan/kelulusan yang
dimilikinya untuk menjalankan tugas dan fungsi yang telah ditetapkan untuk
perkhidmatannya.
Contohnya, bagi perkhidmatan Pegawai Penyelidik, tugas dan fungsi yang
telah ditetapkan ialah menjalankan penyelidikan asas dan gunaan.
Jika anggota yang terlibat menjalankan tugas-tugas lain seperti
tugas-tugas pentadbiran, pengurusan personel, perhubungan awam dan sebagainya,
mereka tidak layak dibayar elaun berkenaan.
-
Anggota-anggota yang telah memenuhi ketiga-tiga kriteria di atas akan
terus layak menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal kecuali dalam
keadaan-keadaan berikut:-
|
Keadaan
|
Kenyataan
|
|
(a)
bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji).
(b)
bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji).
(c)
berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan.
(d)
Bercuti rehat melebihi 28 hari
berturut-turut.
(e)
Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit yang melebihi 28
hari berturut-turut.
(f)
Pegawai-pegawai Gred 1 dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang memangku jawatan Gred Utama dan Gred Khas. |
Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tanpa gaji.
Bayaran
diberhentikan bagi tempoh cuti separuh gaji.
Bayaran
diberhentikan bagi tempoh kursus.
Bayaran
diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut.
Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut.
Bayaran
diberhentikan bagi tempoh pemangkuan. |
-
Bagi anggota-anggota dalam tiga (3) perkhidmatan kritikal iaitu
Pegawai Perubatan (Pakar Perubatan), Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang dan
Pemeriksa Kapal Terbang yang telah pun menerima elaun khas (contohnya elaun
pakar) sebelum pelaksanaan Sistem Saraan Baru akan terus menikmati elaun khas
tersebut di samping Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.
-
Peraturan mengenai Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ini
adalah berkuatkuasa mulai 1.1.1992.
Skim Perkhidmatan Kritikal
| Klasifikasi |
Skim Perkhidmatan |
Kod skim |
Gred |
Bidang Kritikal |
| BAKAT DAN SENI |
Penerbit Rancangan |
1768 |
B17, B21/22, B25/26, B27/28, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54 |
|
| EKONOMI |
Pegawai Ehwal Ekonomi |
1967 |
E41, E44, E48, E52, E54 |
Hanya di MIDA dan MATRADE |
| KEJURUTERAAN |
Arkitek |
1033 |
J41, J44, J48, J52, J54 |
|
| KEJURUTERAAN |
Jurutera |
1227 |
J41, J44, J48, J52, J54 |
|
| KEJURUTERAAN |
Juruukur Bahan |
1790 |
J41, J44, J48, J52, J54 |
|
| KEJURUTERAAN |
Pemeriksa Kilang dan Jentera |
1406 |
J41, J44, J48, J52, J54 |
|
| KEJURUTERAAN |
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera |
2602 |
J29, J36, J38 |
|
| KEJURUTERAAN |
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional |
2366 |
J17, J21/22, J29/30, J35/36, J37/38, J41/42, J43/44, J47/48, J51/52, J54 |
|
| MAHIR/ SEPARUH MAHIR/ TIDAK MAHIR |
Penjaga Jentera Elektrik |
6616 |
R17, R22, R24 |
|
| MAHIR/ SEPARUH MAHIR/ TIDAK MAHIR |
Tukang K1 |
6970 |
R17, R24 |
|
| MAHIR/ SEPARUH MAHIR/ TIDAK MAHIR |
Tukang K2 |
6920 |
R11, R22 |
|
| PENDIDIKAN |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi |
1042 |
DH29,DH31/32,DH33/34,DH41/42,DH43/44,DH,47/48,DH51/52,DH53/54 |
Kejuruteraan,Ukur Bahan dan Seni bina |
| PENDIDIKAN |
Pensyarah Universiti |
1004 |
DS45, DS51/52, DS53/54, Gred Khas |
Kejuruteraan,Perundangan,Senibina,Ukur Bahan,Farmasi dan Kejururawatan |
| PENDIDIKAN |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma |
3188 |
DGA29, DGA32, DGA34, DGA38 |
Kejuruteraan,Ketukangan |
| PENDIDIKAN |
Pensyarah Perubatan |
1002 |
DU45, DU51/52, DU53/54, Gred Khas |
Perubatan |
| PENDIDIKAN |
Pensyarah UiTM |
1971 |
DM41, DM45/46, DM51/52, DM53/54, Gred Khas |
Kejuruteraan, Perundangan, Seni Bina, Ukur Bahan, Farmasi, Kejururawatan |
| PENDIDIKAN |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah |
1188 |
DG41, DG44, DG48, DG52, DG54 |
Kejuruteraan dan Ketukangan |
| PENDIDIKAN |
Pensyarah Pergigian |
1012 |
DUG45, 51/52, 53/54, Gred Khas |
Pergigian |
| PENGANGKUTAN |
Pemeriksa Kapal Terbang |
1763 |
A41, A44, A48, A52, A54 |
|
| PENGANGKUTAN |
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara |
2071 |
A29, A36, A38 |
|
| PENGANGKUTAN |
Pegawai Laut |
1603 |
A41, A44, A48, A52, A54 |
|
| PENGANGKUTAN |
Penolong Pegawai Laut |
2062 |
A29, A36, A38 |
|
| PENGANGKUTAN |
Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang |
1425 |
A41, A44, A48, A52, A54 |
|
| PENGANGKUTAN |
Pembantu Teknik Kapal Terbang |
2903 |
A29, A36, A38 |
|
| PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN |
Pegawai Penyelidik |
1801 |
Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54 |
|
| PERTANIAN |
Pegawai Perikanan |
1258 |
G41, G44, G48, G52, G54 |
Kejuruteraan |
| PERTANIAN |
Pegawai Pertanian |
1015 |
G41, G44, G48, G52, G54 |
Kejuruteraan |
| PERUBATAN DAN KESIHATAN |
Pegawai Pergigian |
1155 |
U41, U44, U48, U52, U54 |
|
| PERUBATAN DAN KESIHATAN |
Pegawai Farmasi |
1128 |
U41, U44, U48, U52, U54 |
|
| PERUBATAN DAN KESIHATAN |
Pengajar |
1066 |
U41, U44, U48, U52, U54 |
Kejururawatan dan Pembantu Perubatan |
| PERUBATAN DAN KESIHATAN |
Jururawat |
4310 |
U29, U32, U36, U41/42, U44, U48,U52,U54 |
|
| PERUBATAN DAN KESIHATAN |
Pegawai Perubatan |
1604 |
UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54 |
|
| PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN |
Pegawai Undang-undang |
1555 |
L41, L44, L48, L52, L54 |
|
|