|
146. Pegawai Tadbir (N41):
Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi
kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan
kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian
dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.
147. Penolong Pegawai Tadbir (N27):
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan,
perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel,
pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan
urusan konsular dan penguatkuasaan undang-undang.
148. Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi) (N17):
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi
tugas jabatan/bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan
fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan
baucer/penyata gaji dan lain-lain yang berkenaan.
149. Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) (N17):
Bertanggungjawab mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan
fail.
150. Pembantu Tadbir Rendah (N11):
Bertanggungjawab menerima dan menyambung panggilan masuk dan keluar semua
kakitangan, membuat laporan kerosakan dan membuat senarai panggilan jauh
(private trunk calls) yang dibuat oleh kakitangan.
151. Pembantu Am Rendah (N1):
Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai, membuat
tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang difotostat, mengangkat
barang-barang/alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas
dan menyusun atur bilik mesyuarat/bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.
152. Bentara Mesyuarat (N27):
Bertanggungjawab menjaga dan membawa cokmar Dewan Negara dan Dewan Rakyat
semasa Istiadat Pembukaan Parlimen, mengumumkan ketibaan Yang Di Pertua
Dewan, memelihara disiplin ahli parlimen semasa persidangan dewan dan
mengeluarkan ahli-ahli parlimen yang melanggar disiplin mesyuarat atas
arahan Yang Di Pertua Dewan.
153. Pengurus Stesen (N19):
Bertanggungjawab membantu Penyelia Stesen/Eksekutif Operasi/Eksekutif
Operasi dan Keselamatan dalam mengurus, menyelia dan mengatasi masalah
operasi trafik, kakitangan, perdagangan dan lain-lain supaya dapat memberi
perkhidmatan yang selamat, selesa, cekap dan ekonomik kepada pengguna-pengguna
keretapi.
154. Pemeriksa Cap Jari (N17):
Bertanggungjawab mengadakan/menyimpan data-data dan fail-fail cap jari,
menyiapkan/ menyediakan dan menaip surat menyurat berkenaan cap jari yang
diterima, membuat pemeriksaan dan bandingan cap-cap jari dan mendaftar
cap jari yang mana kes-kes mereka telah selesai.
155. Penyelia Jurupakaian (N17):
Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan
TV, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan
pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan
kebersihan pakaian di bawah kawalan serta mengendalikan urusan cucian
selepas rakaman rancangan.
156. Peniup Kaca (N17):
Bertanggungjawab membantu pegawai penyelidik dalam menjalankan penyelidikan
dan pembangunan dalam bidang sains yang berkaitan dengan penggunaan teknologi
nuklear dan teknologi yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka bentuk
fabikasi dan mengadakan alat dan peralatan penyelidikan dari bahan kaca.
157. Operator Wayarles (N11):
Bertanggungjawab menerima dan merekodkan laporan/maklumat keselamatan
pelayaran, laporan kecemasan di laut serta maklumat berkaitan keselamatan
maritim, membantu penyelarasan operasi SAR khususnya berkaitan pengendalian
perhubugan radio VHF, HF-SSB, telefon, faksimili dan teleks serta mengumpul
dan menyusun laporan pemerhatian, trafik laut daripada rumah api 'One
Fathom Bank'.
158. Bentara Parlimen (N3):
Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli parlimen semasa dewan
bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan
dan disiplin ahli parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu
mengatur buku-buku risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order
Paper) sebelum persidangan dewan bermula.
159. Penyelia Jeti (N3):
Bertanggungjawab menyelia aktiviti-aktiviti di pelabuhan/ Kompleks Pendaratan
Ikan seperti mengawal aktiviti pendaratan bot dan mengumpul maklumat,
kebersihan persekitaran dan lain-lain aktiviti termasuk aspek keselamatan.
160. Penghantar Notis (N3):
Bertanggungjawab menyerahkan saman kepada defendan dan mendapatkan tandatangan
penerima, menyediakan pengendorsan penyampaian, menyediakan afidavit penyerahan
dan mempastikan saman yang ditandatangani sebagai penerimaan dan afidavit
penyerahan difailkan di mahkamah.
161. Penyelamat (N1):
Bertanggungjawab mengawas keselamatan dan menyelamat pengguna-pengguna
kolam renang dan pengguna-pengguna bot di tasik.
162. Pengawas Pemulihan (N1):
Bertanggungjawab melatih pelatih-pelatih pusat pemulihan dalam aktiviti-aktiviti
fizikal seperti latihan jasmani, kawad dan sebagainya.
163. Pegawai Penerbitan (N41):
Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan maklumat termasuk pengurusan perpustakaan
khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.
164. Penolong Pegawai Penerbitan (N27):
Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerbitan dalam perkhidmatan maklumat
termasuk pengurusan perpustakaan khas, penerbitan dan sistem dokumentasi.
165. Pembantu Penerbitan (N17):
Bertanggungjawab membantu membaca pruf untuk cetakan dalaman, menyelia
kerja-kerja cetakan, penyusunan dan penjilidan.
166. Operator Kamera
Offset/Pembuat Plet (N17):
Bertanggungjawab menyelia unit percetakan, mengendali mesin offset, kamera
offset, pembuat plet, mesin pendua, pengimbas dan pemotong elektrik serta
menyelenggara mesin-mesin tersebut dengan sempurna sebelum, semasa dan
selepas penggunaannya.
167. Pengawet (N11):
Bertanggungjawab mengenal pasti koleksi simpanan jabatan yang rosak,
memelihara koleksi-koleksi melalui proses pengawetan, menjahit kuras bahan-bahan
yang telah dibaik pulih, menjalankan ujian-ujian makmal mengenai ketahanan
dan kesesuaian bahan-bahan untuk kerja-kerja pemuliharaan dan memberi
khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan mengenai penyimpanan, pemuliharaan
dan baik pulih rekod-rekod jabatan.
168. Penolong Operator Kamera (N11):
Bertanggungjawab membantu menyelia unit percetakan, membantu mengendali
mesin offset, kamera offset, pembuat plet, mesin pendua, pengimbas dan
menyelenggara mesin-mesin tersebut dengan sempurna sebelum, semasa dan
selepas penggunaannya.
169. Juruaudio Visual (N17):
Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi
khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai
Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan
media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan
alat audio visual.
170. Pembantu Kamera/Pemandu (N3):
Bertanggungjawab memandu kenderaan, menjaga kenderaan supaya bersih dan
berkeadaan baik, memastikan keselamatan peralatan penggambaran yang tersimpan
di dalam kenderaan, membantu Ahli Fotografi membawa alat-alat penggambaran
semasa di lokasi dan balik dan menolong Ahli Fotografi membuat tugas-tugas
penggambaran semasa di lokasi.
171. Pegawai Penguatkuasa (N41):
Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan): Bertanggungjawab
menyelaras dan membuat pengesanan terhadap pentadbiran am dan pelaksanaan
aktiviti penguatkuasaan undang-undang jabatan di peringkat cawangan/unit
penguatkuasaan negeri serta membantu pengarah dalam melaksanakan pentadbiran
am Bahagian Penguatkuasaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Bertanggungjawab
ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang,
Unit Pelesenan serta Pendakwaan dan kompaun.
172. Penolong Pegawai Penguatkuasa (N27):
Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan): Bertanggungjawab
membantu menguruskan hal-hal Pentadbiran Am dan kewangan Bahagian/Cawangan
Penguatkuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes
pendakwaan mahkamah.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Bertanggungjawab
membantu Pegawai Penguatkuasa mengenai penguatkuasaan undang-undang, menyemak,
mengkaji dan memantau aduan daripada orang awam, mengatur program penguatkuasaan,
bertanggungjawab ke atas siasatan dan pendakwaan di mahkamah dan mengawal
selia aktiviti jualan murah.
173. Pembantu Penguatkuasa (N17):
Bertanggungjawab membantu dan menguatkuasakan undang-undang, membantu
tugas-tugas operasi di premis-premis perniagaan, pemeriksaan ke atas premis
perniagaan borong, runcit, membantu dalam tugas-tugas operasi penyeludupan,
permohonan lesen borong dan runcit, menjalankan siasatan ke atas kes-kes
yang diambil tindakan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan, memproses
permohonan permit pemindahan beras, mengumpul maklumat barang-barang kawalan,
memproses permohonan lesen import (AP) hasil sampingan beras seperti tepung
beras, tepung pulut, bihun dan lain-lain dan menyediakan maklumat-maklumat
berkaitan import/eksport barang tersebut.
174. Pengurus Asrama (N41):
Bertanggungjawab kepada Pegawai Pembangunan Pelajar, menyediakan kemudahan
kepada pelajar, menjalankan tugas-tugas pentadbiran berkaitan dengan pelajar
dan juga kakitangan di bawah seliaan.
175. Penolong Pengurus Asrama (N27):
Bertanggungjawab membantu mengurus dan mentadbir peraturan asrama, kebersihan,
keselamatan, kebajikan penghuni, makanan dan minuman, mengelola kerja-kerja
dapur, kelengkapan asrama atau mes.
176. Penyelia Asrama (N17):
Bertanggungjawab menguruskan pentadbiran asrama, menguruskan penginapan
di asrama, menyelia dapur dan dewan makan, memeriksa bahan mentah, membuat
uji rasa makanan dan menyelia pekerja dan peralatan dapur dan asrama.
177. Tukang Masak (N1):
Bertanggungjawab menentukan keperluan barang-barang kering dan basah
untuk dimasak, menerima dan memeriksa barang-barang keperluan memasak,
menyediakan bahan-bahan masak, menjaga kebersihan peralatan dan kawasan
dapur, memastikan peralatan dapur berada dalam keadaan selamat dan baik.
178. Perangkawan (N41):
Bertanggungjawab menyediakan data-data, mengkaji dan menganalisis data-data
berkaitan dalam bentuk laporan.
179. Penolong Pegawai Perangkaan (N27):
Bertanggungjawab membantu menyediakan data-data, mengkaji dan menganalisis
data-data berkaitan dalam bentuk laporan.
180. Pembantu Perangkaan (N17):
Bertanggungjawab menyediakan sampel soal selidik, memungut data dan menyediakan
laporan banci.
181. Pegawai Penyelidik Sosial (N41):
Bertanggungjawab merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk
kajian, pengutipan dan penganalisisan maklumat serta penilaiannya ke atas
dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.
182. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial (N27):
Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja soal selidik, menyemak data
dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.
183. Pembantu Penyelidik Sosial (N17):
Bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam menjalankan
kerja-kerja soal-selidik, merekod dan mengumpul data-data, menyelidik,
menyemak data-data yang telah dikutip dan membantu dalam penyediaan dan
penerbitan laporan.
184. Jurubahasa Serentak (N41):
Bertanggungjawab sebagai Setiausaha Bersama kepada Jawatankuasa Majlis
Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak
semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, menyunting soalan-soalan
Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan
Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen
(I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O).
185. Penolong Pegawai Tadbir Tanah (N27):
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat
Kumpulan Sokongan berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah,
urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain
yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
186. Pembantu Tadbir Tanah (N17):
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat
Kumpulan Sokongan berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah,
urusniaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain
yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
187. Penolong Pegawai Tanah (NT17):
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat
Kumpulan Sokongan berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek
pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan
balik tanah), pesaka kecil, ukur tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan
dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
|