A + | A -          

MENU


GLOSARI ISTILAH
Deskripsi istilah dalam skim perkhidmatan.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Senarai dan fungsi utama klasifikasi perkhidmatan.
SYARAT LANTIKAN
RINGKASAN TUGAS
Penghuraian skop fungsi tugas setiap perkhidmatan.

Pengangkutan (A)

Bakat dan Seni (B)

Sains (C)

Pendidikan (D)

Ekonomi (E)

Sistem Maklumat (F)

Pertanian (G)

Kemahiran (H)

Kejuruteraan (J)

Keselamatan dan Pertahanan Awam (K)

Perundangan dan Kehakiman (L)

Tadbir dan Diplomatik (M)

Pentadbiran dan Sokongan (N)

Pencegahan (P)

Penyelidikan dan Pembangunan (Q)

Sosial (S)

Perubatan dan Kesihatan (U)

Kewangan (W)

Penguatkuasaan Maritim (T)

Polis (Y)

Angkatan Tentera Malaysia (Z)

PENGHURAIAN KERJA
Penghuraian kerja setiap perkhidmatan.

 

 

SPA

SPP

 
 

PDRM

ATM

 

Perkhidmatan Pengangkutan (A)



1.    Pemandu Lokomotif

  • Bertanggungjawab menjalankan Operasi, Pemanduan, Penjagaan dan Pembersihan semua Lokomotif (Stokereta) yang digunakan dalam perkhidmatan keretapi berdasarkan arahan dan jadual yang ditetapkan dan memastikan semua Lokomotif (stokereta) yang digunakan berada dalam keadaan selamat, selesa sebelum mula beroperasi, semasa di bawah kawalan (dalam operasi) dan selepas operasi (dikembalikan ke bengkel).



2.    Pemeriksa Kereta Motor



3.    Pemandu Lokomotif

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas memandu tren penumpang, barang, EMU, lokomotif tunggal dan enjin lansir.



4.    Penolong Pegawai Laut

  • Bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.



5.    Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

  • Bertanggungjawab kepada Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996).



6.    Penolong Pemeriksa Kapal Terbang

  • Bertanggungjawab untuk memantau penyelenggaraan pesawat jabatan yang di selenggara oleh syarikat swasta agar menurut piawaian yang disediakan dan menggunakan pesawat tersebut untuk menjalankan pemeriksaan atas peralatan-peralatan navaids seperti yang dijadualkan (kalibrasi) agar semua peralatan tersebut menepati piawaian antarabangsa (ICAO) yang telah ditetapkan dan selamat untuk digunakan oleh pesawat-pesawat awam.



7.    Pembantu Laut

  • Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.



8.    Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang

  • Bertanggungjawab menentukan penerbangan awam dijalankan dengan selamat melalui pengawasan aktiviti pelesenan semua ahli udara dan Flight Dispatcher penerbangan awam, pengeluaran sijil pengesuha udara yang menjalankan aktiviti penerbangan awam, menentukan ahli udara dan kapal udara kompeten dan selamat melalui ujian penerbangan dan menjalankan penyiasatan kemalangan udara apabila perlu.



9.    Pegawai Kawalan Trafik Udara

  • Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.



10.    Pegawai Laut

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut, menguruskan pelaksanaan latihan, penyelidikan dan pengurusan data statistik khususnya berkaitan dengan industri perkapalan dan pengangkutan laut.



11.    Pemeriksa Kapal Terbang

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas certifikasi, kelulusan kejuruteraan, pembuatan kapal udara (termasuk kapal udara rekreasi), uji terbang, pendaftaran kapal udara, memperakui keselamatan terbang, kelulusan Air Operator’s Certificate, kelulusan organisasi penyenggaraan, pemeriksaan kapal udara dan pelesenan jurutera penyenggaraan.


Perkhidmatan Bakat dan Seni (B)



1.    Penerbit Rancangan

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak Jabatan di samping menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan format dan skrip persembahan dengan cekap dan berkesan serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pegawai dalam kumpulan Bakat dan Seni.



2.    Pegawai Kebudayaan

  • Bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya serta pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.



3.    Ahli Muzik

  • Bertanggungjawab dalam menggubah lagu, bermain alat muzik untuk latihan dan persembahan, menjadi pemain orkestra dan memimpin orkestra.



4.    Pereka

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan dan trofi. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan sidang media.



5.    Artis Budaya

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Artis Budaya dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksana dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan. Menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan tarian, nyanyian dan lakonan untuk persembahan dengan cekap dan berkesan.



6.    Jurufotografi

  • Bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyediakan caption dan menghantar foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi untuk rujukan dan simpanan. Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas, menyediakan peralatan, menjaga kebersihan studio dan bilik gelap serta menjaga keselamatan peralatan di dalam dan di luar jabatan.



7.    Jurusolek

  • Bertanggungjawab dalam membuat solekan ke atas artis untuk persembahan dan produksi.


Perkhidmatan Sains (C)



1.    Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar

  • Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya, pemeriksaan alat-alat pembakaran bahan api, loji pengolahan efluen dan kawalan pencemaran alam sekitar.



2.    Penolong Pegawai Teknologi Makanan

  • Bertanggungjawab menjalankan analisis sampel makanan, menyediakan bahan-bahan media dan kimia serta peralatan analisis, menjalankan kawalan mutu ke atas bahan media dan kimia, mengeluarkan laporan analisis sampel makanan dan melupuskan sampel makanan, bahan toksik dan patogenik mengikut prosedur yang telah ditetapkan.



3.    Penolong Pegawai Penyediaan Makanan

  • Bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang perbelanjaan, merancang menu, menyelia pengendalian makanan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan. Perolehan bahan makanan mentah basah/ kering, peralatan dapur, pengurusan penyimpanan stor makanan mentah basah/ kering serta memantau penyelengaraan peralatan dapur dan kebersihan kawasan persekitaran premis penyediaan makanan. Memberi khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.



4.    Penolong Pegawai Sains

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan sains dan teknologi nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear serta membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal.



5.    Penolong Pegawai Meteorologi

  • Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.



6.    Pembantu Kaji Bumi

  • Bertanggungjawab membantu menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Membantu dalam penyediaan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti.



7.    Pembantu Makmal

  • Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.



8.    Penolong Pegawai Geosains



9.    Pembantu Geosains



10.    Pegawai Kawalan Alam Sekitar

  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984, menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa, mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.



11.    Pegawai Teknologi Makanan

  • Bertanggungjawab sebagai perancang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Menerajui bidang dalam keselamatan makanan seperti Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), ISO 9000, risk analysis, predictive microbiology, bioteknologi termasuk genetic engineering. Di peringkat antarabangsa, pegawai memberi sumbangan teknikal bagi merealisasi hasrat negara untuk menjadi pemimpin dan menerajui dalam menangani isu keselamatan makanan yang dibincangkan di mesyuarat Codex, SPS, APEC dan ASEAN, melindungi kepentingan negara dan mempromosikan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Negara. Turut bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pensijilan halal termasuk bahagian permohonan, pemeriksaan dan pemantauan dari aspek-aspek teknikal, kebersihan dan sanitasi, memastikan keselamatan makanan, menjalankan penyelidikan dan menyelaras latihan.



12.    Pegawai Kimia Bumi

  • Bertanggungjawab mengendalikan penyelidikan dan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya dan mengeluarkan sijil analisis yang berkaitan. Memberi khidmat nasihat mengenai kerja-kerja analisis serta mengendalikan kawalan kualiti MS ISO/ IEC 17025 di samping melatih Pembantu Makmal.



13.    Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/ Kaji Bumi)

  • Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral berlogam/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi dan stratigrafi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Menyediakan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dengan cekap dan berkesan memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholders.



14.    Pegawai Galian

  • Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan pemetaan geologi/ survei geokimia/ mineral berlogam/ mineral perindustrian/ mineral tenaga/ geofizik/ geologi marin/ hidrogeologi/ geologi kejuruteraan/ geobencana/ geologi terain/ geologi warisan/ geologi alam sekitar/ mineralogi dan petrologi/ paleontologi dan stratigrafi/ sedimentologi/ statistik mineral perindustrian/ penderiaan jauh secara profesional. Menyediakan peta tematik, laporan teknikal dan pangkalan data yang berkualiti. Memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dengan cekap dan berkesan memenuhi keperluan pelanggan dan stakeholders.



15.    Pegawai Meteorologi

  • Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca dan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.



16.    Pegawai Sains

  • Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan beroperasi dengan efisien. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi, mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia.



17.    Pegawai Penyediaan Makanan

  • Bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan bahan makanan basah/ mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.



18.    Pegawai Geosains


Perkhidmatan Pendidikan (D)



1.    Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

  • Bertanggungjawab mengajar, menyediakan khidmat perundingan untuk pelajar dan pihak luar, menyelia projek, tesis dan kertas kerja pelajar, menjalankan penyelidikan, menerbitkan jurnal, artikel, buku dan sebarang bentuk penerbitan berkaitan, memberi khidmat kemasyarakatan dan khidmat profesional, membantu membangunkan potensi dan sahsiah pelajar dan mengurus aktiviti berkaitan akademik.


2.    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



3.    Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional



4.    Penolong Pensyarah UiTM

  • Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.


5.    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

  • Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek berikut :
  • i. Pengajaran dan pembelajaran (Kurikulum).
  • ii. Ko-kurikulum (Sukan/ Kelab/ Persatuan/ Badan Beruniform).
  • iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan/ Kebajikan/ Kesihatan/ Bina Insan/ Sistem Maklumat Murid/ Koperasi/ Lawatan).
  • iv. Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran serta Kewangan.
  • v. Pembangunan Fizikal.
  • vi. Pembangunan Staf.
  • vii. Hubungan Komuniti.


6.    Pensyarah Perubatan

  • Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan.


7.    Pensyarah Universiti



8.    Pensyarah Pergigian

  • Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan/ pergigian.


9.    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
  • i. Pengurusan pelajar
  • ii. Pengurusan organisasi
  • iii. Pengurusan dasar
  • iv. Penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat
  • v. Jaringan dan kolaborasi
  • vi. Pengurusan sumber manusia


10.    Guru Bahasa

  • Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti program bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.


11.    Pensyarah UiTM

  • Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/ menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.


12.    Pensyarah Farmasi

  • Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan. Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/ menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.


Perkhidmatan Ekonomi (E)



1.    Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan



2.    Penolong Pegawai Perangkaan

  • Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



3.    Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi

  • Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.



4.    Pembantu Perangkaan

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



5.    Pembantu Ehwal Ekonomi

  • Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, membuat lawatan ke premis-premis perniagaan bagi menjalankan pemeriksaan ke atas Sijil Akuan Perniagaan serta menyediakan laporan pemeriksaan tersebut, menjalankan aktiviti projek-projek integrasi, menyiasat kes-kes pelanggaran akta, dan memberi khidmat nasihat kepada kumpulan sasar mengenai hala tuju industri.



6.    Perangkawan

  • Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



7.    Pegawai Ehwal Ekonomi

  • Bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan-peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.


Perkhidmatan Sistem Maklumat (F)




1.    Pegawai Teknologi Maklumat

  • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.



2.    Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

  • Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.



3.    Juruteknik Komputer

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.


Perkhidmatan Pertanian (G)



1.    Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.



2.    Pembantu Hidupan Liar



3.    Pengawas Hutan

  • Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.



4.    Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/ Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.



5.    Penolong Pegawai Veterinar

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Veterinar dalam menjalankan program pembiakan, mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal. Membantu Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) termasuk pemprosesan spesimen serta merekodkan keputusannya. Membantu Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan.



6.    Penolong Pegawai Pertanian

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok. Selain itu, bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.



7.    Penolong Pegawai Perikanan

  • Bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kehendak antarabangsa dan kepentingan negara. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.



8.    Penolong Pegawai Hidupan Liar

  • Bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan, menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/1972, menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar melalui pengurusan hidupan liar secara in-situ dan ex-situ, membangunkan sumber rekreasi exco pelancongan di dalam kawasan perlindungan dan menguruskan program latihan dan kesedaran awam.



9.    Penolong Pegawai Rancangan Tanah

  • Bertanggungjawab melaksanakan program kerja pengurusan rancangan, menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, meliputi aktiviti kebersihan ladang, pembajaan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit, merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan aktiviti pentadbiran dan pembangunan masyarakat.



10.    Penolong Pengurus Taman/ Ladang

  • Bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan saintifik mengenai biodiversiti dan memastikan penyelidikan mengikut keperluan semasa atau keperluan jangka panjang, mengawal dan memantau aktiviti penyelidikan luar, mengumpul dan mengurus koleksi spesimen herbarium dan muzium, membangunkan pengisian pusat-pusat maklumat (galeri), menyelaras perancang aktiviti pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan, merancang pembangunan kebun pemuliharaan ex-situ.



11.    Pembantu Veterinar

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Pelaksana, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan berkaitan.



12.    Penyelia Rancangan Tanah

  • Bertanggungjawab menyelia, mengawasi, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti untuk urusan kebun, kebersihan ladang, pembajakan, kawalan makhluk perosak tanaman dan penghasilan kebun getah dan sawit.



13.    Pembantu Perikanan

  • Bertanggungjawab membantu merancang, merumus dan menyelaras pembangunan sektor perikanan negara secara berkesan ke arah merealisasikan misi, visi dan objektif jabatan. Membantu menyediakan perancangan sektoral dan strategik yang mantap serta relevan bagi mendukung pembangunan sektor perikanan negara. Bertanggungjawab untuk mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan. Bertanggungjawab membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan projek-projek akuakultur bagi merealisasikan sasaran pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur.



14.    Pembantu Taman/ Ladang

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan penyelidikan saintifik mengenai biodiversiti dan memastikan penyelidikan mengikut keperluan semasa atau keperluan jangka panjang, mengawal dan memantau aktiviti penyelidik luar, mengumpul dan mengurus koleksi spesimen herbarium dan muzium, membangunkan pengisian pusat-pusat maklumat (galeri), menyelaras perancang aktiviti pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan, merancang pembangunan kebun pemuliharaan ex-situ.



15.    Pemelihara Hutan

  • Bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus dan mengawal sumber hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan termasuk melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, menguatkuasakan undang-undang hutan, menyedia dan menyelaras projek perancangan dan pembangunan hutan, mengendalikan audit dalaman MS ISO dan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I), menjalankan penyelidikan dan kajian-kajian ekonomi perhutanan, mengendalikan latihan dan kursus jabatan, melibatkan diri dalam persidangan antarabangsa berkaitan dengan perhutanan serta memberi khidmat nasihat berkaitan hal perhutanan di peringkat persekutuan dan negeri.



16.    Pegawai Pertanian

  • Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara. Menyediakan pakej Teknologi Pengeluaran Kejenteraan Ladang, maklumat-maklumat pelbagai jenis tanah bagi projek-projek pertanian supaya menepati objektif yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara. Bertindak sebagai urus setia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai pembangunan kerjaya pegawai-pegawai profesional dan sokongan jabatan.



17.    Pegawai Perikanan

  • Bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kepentingan negara dan kehendak antarabangsa. Bertanggungjawab merumus dasar dan strategi pembangunan serta pengurusan sektor akuakultur negara, mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien serta menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.



18.    Pegawai Hidupan Liar

  • Bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan, menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/1972, menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar melalui pengurusan hidupan liar secara in-situ dan ex-situ, membangunkan sumber rekreasi exco pelancongan di dalam kawasan perlindungan, menguruskan program latihan dan kesedaran awam dan menjalankan penyelidikan kepelbagaian biodiversiti jabatan.



19.    Pegawai Veterinar

  • Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguatkuasakan undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat kuarantin dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan jabatan dan tugas pentadbiran jabatan yang lain.



20.    Pengurus Taman/ Ladang

  • Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya.



21.    Pegawai Rancangan Tanah

  • Bertanggungjawab menguruskan Pejabat Rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi Rancangan.


Kemahiran (H)



1.    Operator Loji

  • Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.



2.    Pemandu Kenderaan

  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.



3.    Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah

  • Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, worksyop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.



4.    Pembantu Awam

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.



5.    Pembantu Kemahiran

  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.


Perkhidmatan Kejuruteraan (J)



1.    Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional

  • Pembantu Pegawai Latihan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran, mengenal pasti dan menghasilkan produk dan perkhidmatan, merancang dan menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan, menjalankan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan latihan kemahiran dan pembangunan produk/ perkhidmatan dan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan tugas mengajar, pengendalian latihan vokasional, pengendalian kemudahan latihan, tatacara dan program keselamatan dan kebersihan, pengendalian pelajar dan kemahiran penyeliaan.

  • Penolong Pegawai Latihan bertanggungjawab mengajar teori dan amali kepada pelajar-pelajar mengikut standard dari jabatan Pembangunan Kemahiran, Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum latihan, pengurusan latihan vokasional, penyelenggaraan kemudahan latihan, hal ehwal pelajar dan kaunseling, panduan keselamatan dan kebersihan, kemahiran dan penyeliaan.

  • Pegawai Latihan Vokasional bertanggungjawab ke atas pelaksanaan latihan pembangunan prasarana kemahiran, penyelidikan dan pembangunan penilaian kekompetenan, khidmat nasihat dan perundingan, pembangunan kepakaran, pembangunan kurikulum latihan kemahiran dan pengurusan.



2.    Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera

  • Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.



3.    Pelukis Pelan (Seni Bina)/ Penolong Pegawai Seni Bina

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina. Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan, Permohonan Pelan Susun Atur, Permohonan Kelulusan Landskap, Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), Permohonan Ubahsuai Bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.



4.    Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

  • Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan lain-lain kajian-kajian perancangan, melaksanakan e-Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar khasnya dalam semakan permohonan kebenaran merancang bagi perbandaran secara on-line, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.



5.    Penolong Jurutera

  • Bertanggungjawab membantu Jurutera merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.



6.    Penolong Pegawai Senibina

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas di Unit Pusat Setempat (OSC) termasuk penerimaan dan pemantauan status permohonan serta menjalankan tugas-tugas urus setia OSC. Menyelaras dan menyelia ulasan berkaitan aspek reka bentuk bandar dan seni bina ke atas permohonan kebenaran merancang bagi pendirian bangunan, pelan susun atur, kelulusan landskap, pemasangan papan tanda bangunan komersial dan bangunan pejabat kerajaan. Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF), menyelaras ulasan permohonan ubahsuai bangunan, menyelaras reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran, menyelaras ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan menyelaras ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyeliaan jabatan.



7.    Penolong Juruukur Bahan

  • Bertanggungjawab membantu Juruukur Bahan memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.



8.    Penolong Arkitek Landskap

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan, perancangan, pemantauan, penyeliaan, khidmat teknikal, pengumpulan maklumat dan penguatkuasaan berkaitan projek pembangunan dan industri landskap.



9.    Penolong Juruukur Bangunan

  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan di tapak bagi kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, audit bangunan (building condition survey), audit ruang (space audit), mentaksir risiko bangunan (risk assessment), pengurusan ruang, dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan. Turut bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja kawal selia bangunan bermasalah dan projek terbengkalai yang merangkumi pemantauan keadaan bangunan dan projek terbengkalai di kawasan Majlis Perbandaran mengikut peruntukan undang-undang.



10.    Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera

  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan promosi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menyediakan standard pematuhan dan pelaksanaan kepada akta yang dikuatkuasakan.



11.    Penolong Juruukur

  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukuran tapak projek perumahan yang dikendalikan oleh CPPP/ PIMB dan tapak-tapak projek jabatan lain di bawah KPKT termasuk kerja-kerja ukuran as-built, semakan aras, semakan butiran, semakan keluasan dan pengesahan sempadan tapak termasuk menguruskan cadangan pelantikan perunding ukur tanah dan membantu dalam urusan pentadbiran tanah.



12.    Pelukis Pelan

  • Bertanggungjawab melukis, menyurih pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratan rentas, kontur dan lain-lain berkaitan.



13.    Merinyu Tali Air

  • Bertanggungjawab menyelaras dan memantau operasi bekalan air di jajahan/ daerah kawasan. Bertanggungjawab membantu menyelaras kerja-kerja penguatkuasaan. memantau dan menyiasat kes pelaku kesalahan di bawah Akta Kanun Tanah Negara dan Ordinan Pengairan 1953. Memantau pengurusan dan pengendalian sumber air serta membantu menguruskan agar pengendalian sumber air membolehkan penanaman padi dilakukan dua (2) kali setahun di dalam Kawasan Muda/ lain-lain kawasan.



14.    Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera

  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan promosi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menyediakan standard pematuhan dan pelaksanaan kepada akta yang dikuatkuasakan.



15.    Penjaga Jentera Elektrik

  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.



16.    Arkitek Landskap

  • Bertanggungjawab merancang, menyedia, menyelaras dan melaksanakan taman-taman awam dan kemudahan rekreasi serta landskap di seluruh negara dan memastikan ianya direkabentuk dan dibina dengan baik, praktikal dan selamat. Menyediakan dasar, akta, garis panduan dan maklumat perancangan, pembinaan dan pengurusan landskap. Menyelaras perancangan program pembangunan landskap dengan menggunakan perkhidmatan sokongan sistem maklumat dan komputerisasi yang bersesuaian dan mudah sampaian maklumat. Memastikan pembangunan landskap menepati piawaian, garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan. Menyediakan khidmat nasihat perancangan dan teknikal pembangunan landskap yang profesional dan manual penyelenggaraan landskap yang efisien bagi setiap projek pembangunan landskap yang disediakan. Menyediakan perancangan untuk membangun dan mengemas kini program pemuliharaan landskap yang bertujuan untuk mengekal, memulihara dan memperkayakan sumber jaya landskap negara.



17.    Arkitek

  • Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan bermula dari perancangan sehingga penyerahan projek. Menyelaras penyediaan reka bentuk, lukisan dan dokumen tawaran dan penyerahan projek. Memantau pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dalam pembinaan dan memastikan projek disiapkan berkualiti, menepati kos dan tempoh masa yang dirancang serta memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.



18.    Juruukur Bangunan

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, ukur kondisi bangunan (building condition survey), mentaksir risiko bangunan (risk assessment) dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan.



19.    Jurugeospatial

  • Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.



20.    Pegawai Perancang Bandar dan Desa

  • Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan kajian-kajian perancangan lain, melaksanakan e-Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan perbandaran, mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah, penyediaan susun atur, reka bentuk kemudahan awam yang berkualiti dan berkesan serta mewujudkan persekitaran yang selesa untuk masyarakat.



21.    Jurutera

  • Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.



22.    Pemeriksa Kilang dan Jentera

  • Bertanggungjawab menguatkuasakan tiga (3) akta yang utama iaitu Akta Kilang Dan Jentera (AKJ) 1967, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 Dan Peraturan Pengangkutan Bahan Petroleum Melalui Talian Paip 1985, menjalankan promosi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menyediakan standard pematuhan dan pelaksanaan kepada akta yang dikuatkuasakan di sepuluh (10) sektor ekonomi atau semua tempat kerja.



23.    Juruukur Bahan

  • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pos kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan serta memberi khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.



24.    Juruukur

  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur di dalam bidang pemetaan topografi, geodetik, pengukuran pemetaan utiliti dan kadaster yang meliputi ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, gelanggang sukan, ukuran siasatan berkejituan tinggi, sempadan antara negeri dan antarabangsa.


Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (K)



1.    Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran

  • Penolong Pegawai Pendaftaran bertanggungjawab mengatur dan menyelia pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Mengatur dan menyelia urusan permohonan kad pengenalan, permohonan daftar lewat kad pengenalan, urusan pindaan butiran kad pengenalan dan urusan rekod/ daftar kad pengenalan. Mengatur dan menyelia urusan permohonan pendaftaran kelahiran, daftar lewat kelahiran, urusan permohonan pendaftaran kematian, daftar lewat kematian, permohonan pendaftaran anak angkat, urusan pindaan butiran kelahiran, kematian dan anak angkat serta urusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat. Mengatur dan menyelia urusan permohonan kewarganegaraan, permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan, perlucutan kewarganegaraan, permohonan perlepasan kewarganegaraan dan urusan rekod kewarganegaraan. Mengatur dan menyelia urusan permohonan perkahwinan, urusan perkahwinan, urusan pendaftaran perceraian, urusan pindaan butiran perkahwinan dan perceraian serta urusan rekod perkahwinan dan perceraian. Melaksanakan urusan penyiasatan, pendakwaan, perisikan, operasi dan urusan sistem kawalan keselamatan.

  • Pegawai Pendaftaran bertanggungjawab menjadi sumber rujukan dalam urusan pendaftaran dan pindaan butiran kad pengenalan, pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat, urusan kewarganegaraan, urusan pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian, urusan siasatan dan penguatkuasaan.



2.    Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen

  • Penolong Penguasa Imigresen bertanggungjawab terhadap pengawasan tugas-tugas operasi, disiplin pegawai dan urusan pentadbiran pejabat.

  • Penguasa Imigresen bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan kewangan dan personel, pentadbiran, pemantauan dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, merangka dan menjalankan program latihan, menguruskan penyelidikan, perancangan dan pembangunan.



3.    Penolong Penguasa Penjara

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan dan keselamatan institusi-institusi penjara.



4.    Penolong Pegawai Keselamatan

  • Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada agensi kerajaan dan Sasaran Penting serta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan termasuk sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.



5.    Penolong Pegawai Pertahanan Awam

  • Bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkoordinasi tugas-tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai latihan dan ketua-ketua cawangan.



6.    Penolong Penguasa Bomba

  • Bertanggungjawab mengawal selia pengurusan balai bomba, personel, mengetuai tugas-tugas operasi dan pentadbiran pemadaman kebakaran dan penyelamatan, mengurus dan menjalankan pelaksanaan program pencegahan dan keselamatan kebakaran, penguatkuasaan dan latihan.



7.    Pegawai Bomba

  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan, penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba serta melaksanakan kerja-kerja pengawasan di bilik kawalan dan pemeriksaan premis.



8.    Pembantu Pertahanan Awam

  • Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.



9.    Pegawai Penjara

  • Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/ juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.



10.    Pegawai Imigresen

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.



11.    Pembantu Keselamatan

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).



12.    Pembantu Pendaftaran

  • Bertanggungjawab dalam aktiviti memastikan perkhidmatan operasi mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952), Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adaption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).



13.    Pengawal Keselamatan

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).



14.    Penolong Pegawai Penguat Kuasa



15.    Pembantu Penguat Kuasa



16.    Penguasa Bomba

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran, pemantauan dan mengawal selia aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan kebakaran, merangka dan menjalankan program latihan, menguruskan penyelidikan, perancangan dan pembangunan.



17.    Penguasa Penjara

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas pengurusan am, pentadbiran, kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan dan keselamatan institusi-institusi penjara.



18.    Pegawai Keselamatan

  • Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada agensi kerajaan dan sasaran penting serta kawasan larangan dan tempat larangan termasuk sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.



19.    Pegawai Pertahanan Awam

  • Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk mengurus Latihan Gerakan Pertahanan Awam.



20.    Pegawai Penguat Kuasa


Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (L)



1.    Jurubahasa



2.    Penolong Pegawai Syariah

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, keurusetiaan, perancangan dan penyelidikan berkaitan undang-undang syariah di peringkat jabatan/ mahkamah/ bahagian berkaitan seperti menyelaras pendaftaran dan menguruskan hal-hal berkaitan kes mal, jenayah dan faraid, menyelenggara urusan perjalanan Mahkamah Rendah Syariah dan pendakwaan serta membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh Mahkamah.



3.    Penolong Pegawai Undang-Undang

  • Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.



4.    Pembantu Syariah

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah seperti urusan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah, menguruskan saman dan sapina, membantu menyediakan dokumen-dokumen kes dan menyelenggara jadual perbicaraan hakim.



5.    Pembantu Tadbir (Undang-Undang)

  • Bertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan. Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam. Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil. Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS). Menyediakan laporan bulanan statistik kes.



6.    Jurubahasa

  • Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.



7.    Pegawai Syariah

  • Bertanggungjawab memperkasa dan mengusahakan penyeragaman undang-undang syariah, memartabat sistem E-Syariah, melakukan penyelidikan isu-isu semasa dan keperluan Mahkamah Syariah dan menguruskan dana khas kerajaan berdasarkan perintah Mahkamah Syariah serta khidmat nasihat yang berkaitan dengannya. Menyebut, membicara, membuat keputusan/ penghakiman terhadap kes-kes syariah termasuklah kes-kes yang boleh diselesaikan secara ‘sulh’ di samping mengawasi perjalanan pentadbiran Mahkamah Syariah. Memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu-isu semasa yang melibatkan kemaslahatan umat Islam. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan perundangan syariah kepada orang awam dan mengendalikan kes-kes syariah kepada mereka yang layak. Mengendalikan kes-kes berkaitan kesalahan syariah dan menjalankan pendakwaan bagi kes-kes berkaitan di Mahkamah Syariah.



8.    Pegawai Undang-Undang

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.


Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (M)



1.    Pegawai Tadbir dan Diplomatik

  • Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (N)



1.    Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.



2.    Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat

  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.



3.    Penolong Pengurus Asrama

  • Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama dalam melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.



4.    Penolong Pegawai Tanah

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Pelaksana berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).



5.    Penolong Pegawai Tadbir

  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.



6.    Penolong Pegawai Penyelidik Sosial

  • Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.



7.    Penolong Pegawai Penerbitan

  • Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan dan penerbitan, penyuntingan laman web (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), percetakan serta keperluan pembangunan dan latihan staf.



8.    Penghulu

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Pegawai Perantaraan untuk menyebar maklumat pentadbiran negeri, dasar-dasar kerajaan dan menganjur pembangunan masyarakat di peringkat mukim. Memberi fokus pada aspek pembangunan, pentadbiran, keagamaan dan kebudayaan di peringkat mukim.



9.    Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).



10.    Pemeriksa Cap Jari

  • Bertanggungjawab mendaftar penjenayah dan orang-orang yang bersalah, membuat pemeriksaan identiti penjenayah melalui pemeriksaan cap jari, mengesahkan identiti penjenayah/si mati/individu. Membantu menyelesaikan kes-kes jenayah dengan mengenal pasti identiti cap-cap jari dari tempat kejadian. Mengeluarkan laporan penjenayah terdahulu untuk mahkamah, mengeluarkan laporan pakar cap jari dan memberi keterangan pakar di mahkamah. Memberi kursus Sains Cap Jari kepada Agensi Penguatkuasa Undang-undang, jabatan kerajaan dan pusat pengajian tinggi.



11.    Pegawai Khidmat Pelanggan

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.



12.    Pembantu Penerbitan

  • Bertanggungjawab membantu dalam tugas-tugas penerbitan, penyuntingan laman web (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), percetakan keperluan pembangunan dan latihan staf.



13.    Pembantu Penyelidik Sosial

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu, khidmat profesional dan masyarakat.



14.    Penyelia Asrama

  • Bertanggungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan asrama. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.



15.    Pembantu Pengurusan Murid

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan asrama desa di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.



16.    Juruaudio Visual

  • Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siar raya dan peralatan audio visual, menjalankan kerja pos produksi (post production) dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran serta menyelenggara peralatan alat audio visual.



17.    Operator Wayarles

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengendalian rangkaian komunikasi melalui alat perhubungan High Frequency Radio (HF), Very High Frequency Radio (VHF), Radio Global Distress and Maritime Safety System (GDMSS) berdasarkan piawai ‘International Maritime Organisation’ (IMO) serta alatan peralatan komunikasi elektronik yang berkaitan. Turut berperanan sebagai pusat pengumpulan serta penyebaran maklumat kepada Bahagian Keselamatan Negara (BKN) di JPM, Jabatan Laut, Unit Udara Polis di PDRM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan, orang awam dan pihak media.



18.    Pembantu Penyediaan Makanan



19.    Bentara Parlimen

  • Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/ risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.



20.    Penghantar Notis

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.



21.    Pembantu Operasi

  • (a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan

  • (b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

  • (c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].



22.    Pegawai Penyelidik Sosial

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.



23.    Pegawai Penerbitan

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan dan penerbitan, penyuntingan laman web (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), percetakan serta keperluan pembangunan dan latihan staf.



24.    Pengurus Asrama

  • Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pentadbiran am dan kewangan kolej, merancang dan mengendalikan penempatan pelajar, mengawal selia pengurusan inventori kolej, penyelaras pembangunan pelajar di kolej, memantau dan menguatkuasakan kebersihan makanan dan premis.



25.    Pegawai Tadbir

  • Bertanggungjawab menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.


Perkhidmatan Pencegahan (P)



1.    Penolong Pegawai Siasatan/Pegawai Siasatan

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.


Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (Q)



1.    Pegawai Penyelidik

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.



2.    Penolong Pegawai Penyelidik

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara. Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna.



3.    Pembantu Penyelidik

  • Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara. Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna. Membantu melaksanakan komponen-komponen kerja dan memberi khidmat kepakaran bidang remote sensing dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai di peringkat kebangsaan, negeri dan sebagainya. Membantu melaksanakan penerimaan dan pembekalan secara bersepadu imej satelit remote sensing dan data spatial yang dibangunkan. Membantu melaksanakan aktiviti promosi teknologi kepada agensi pengguna, pelajar dan orang awam.


Perkhidmatan Sosial (S)



1.    Pegawai Arkib

  • Bertanggungjawab mengesan institusi-institusi/ orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.



2.    Perancang Bahasa

  • Bertanggungjawab mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.



3.    Kurator

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.



4.    Pegawai Psikologi

  • Bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.



5.    Pegawai Antidadah

  • Bertanggungjawab dalam memimpin bahagian dalam mencapai misi, visi dan objektif organisasi, merancang, membantu dan menggerak dasar serta memastikan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan berkaitan dadah.



6.    Pustakawan

  • Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan.



7.    Pegawai Penerangan

  • Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian/ jabatan.



8.    Pegawai Belia dan Sukan

  • Bertanggungjawab merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat kementerian/ jabatan. Fungsi tugas termasuk memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.



9.    Pegawai Perhubungan Perusahaan

  • Bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja, memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan, memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan, merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.



10.    Pegawai Berita

  • Bertanggungjawab mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.



11.    Pegawai Pembangunan Masyarakat

  • Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program latihan dan kursus-kursus kemahiran di peringkat komuniti desa dan antarabangsa, menyelaras perbelanjaan program latihan, menyediakan laporan analisis dan pangkalan data latihan luar bandar dan antarabangsa, merancang, membangun dan menyemak modul-modul latihan luar bandar, menyelaras kajian dan penyelidikan agensi-agensi di bawah kementerian, merangka dan menerbitkan jurnal penyelidikan, laporan tahunan, majalah, buletin, membuat kajian penilaian outcome jabatan dan kementerian, mentadbir urus organisasi, personel dan kewangan, membangunkan pengupayaan kumpulan sasar, menguruskan pusat bertauliah untuk program persijilan yang diiktiraf.



12.    Pegawai Hal Ehwal Islam

  • BERTANGGUNGJAWAB KEPADA


  • 1. Pengarah/Setiausaha Bahagian


  • 2. Ketua Penolong Pengarah/Ketua Penolong Setiausaha


  • DESKRIPSI TUGAS:


  • Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.


  • SENARAI TUGAS:


  • 1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 2. Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 7. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.



13.    Penolong Pustakawan

  • Bertanggungjawab melaksana program dan mengendalikan pembangunan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan melaksanakan aplikasi ICT di perpustakaan.



14.    Penolong Perancang Bahasa

  • Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.



15.    Penolong Pegawai Arkib

  • Bertanggungjawab menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/ persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.



16.    Penolong Pegawai Psikologi

  • Bertanggungjawab membantu merancang, menggubal, melaksana, memantau dasar dan perkhidmatan psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi dalam konteks pengurusan sumber manusia, pembangunan manusia dan komuniti, pendidikan, keselamatan dan ketenteraman awam, kesihatan, koreksional dan rehabilitasi.



17.    Penolong Pegawai Belia dan Sukan

  • Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/ projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.



18.    Penolong Kurator

  • Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.



19.    Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

  • BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :


  • 1. Ketua Penolong Pengarah


  • 2. Penolong Pengarah


  • DESKRIPSI TUGAS:


  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.


  • Ibu Pejabat( S29/1 )


  • 1. Membantu pegawai merancang program keagamaan untuk semua Institusi.


  • 2. Membantu pegawai merangka dan menyelaras sistem pembelajaran keagamaan yang bersepadu.


  • 3. Membantu pegawai menilai keberkesanan program.


  • 4. Membantu pegawai menyediakan kertas kerja atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi Unit Agama.


  • 5. Membantu pegawai menasihati institusi dalam masalah keagamaan yang dihadapi.


  • 6. Membantu pegawai mengeluarkan surat rayuan sumbangan derma di bulan Ramadhan.


  • 7. Membantu pegawai mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan zakat fitrah.


  • 8. Menyediakan laporan program dan aktiviti.


  • 9. Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan.


  • 10. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.


  • 11. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


  • Ibu Pejabat ( S29/2 )


  • 1. Membantu pegawai merancang dan menyelaras ceramah-ceramah dari institusi keagamaan.


  • 2. Membantu pegawai menerbitkan risalah keagamaan, buletin kerohanian, khutbah Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.


  • 3. Membantu pegawai melaksanakan ceramah di institusi.


  • 4. Membantu pegawai membuat lawatan ke institusi untuk menentukan arahan Unit agama dilaksanakan dan mengetahui masalah lebih dekat.


  • 5. Membantu pegawai merancang program latihan yang bersesuaian kepada guru agama dan pembantu guru agama.


  • 6. Membantu pegawai menyelia dan memastikan pembantu guru agama di setiap institusi mencukupi dan berfungsi.


  • 7. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.


  • 8. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.


  • 9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


  • Institusi


  • 1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.


  • 2. Mengatur dan menyusun jadual pelaksanaan program dan aktiviti agama di Institusi.


  • 3. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.


  • 4. Menyelia dan memantau perjalanan kelas agama fardhu ain dan kelas Al-Quran yang dikendalikan oleh Pembantu Guru Agama.


  • 5. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.


  • 6. Menyediakan laporan program dan aktiviti.


  • 7. Menyediakan artikel agama.


  • 8. Memberi panduan dan nasihat kepada institusi dalam aspek berkaitan Agama Islam.


  • 9. Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa



20.    Penolong Pegawai Penerangan

  • Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tetap dan ad hoc di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisis-analisis berhubung dengan isu-isu semasa.



21.    Penolong Pegawai Antidadah

  • Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.



22.    Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan

  • Bertanggungjawab mengendali kes buruh serta memastikan para majikan mematuhi dan melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan perburuhan melalui lawatan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa.



23.    Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

  • Bertanggungjawab membantu dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan program jabatan, latihan, kemahiran, penyelidikan, pembangunan komuniti, pengurusan desa, kajian, penilaian ‘outcome’ program pembangunan kemasyarakatan, urusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, perolehan, bajet, urusan dokumentasi, penerbitan dan publisiti.



24.    Wartawan

  • Bertanggungjawab mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.



25.    Pembantu Belia dan Sukan

  • Bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah.



26.    Pembantu Arkib

  • Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.



27.    Pembantu Penerangan

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.



28.    Pembantu Pemuliharaan

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemuliharaan manuskrip dan penjilidan buku nadir, rekod kerajaan, surat persendirian, peta, surat perjanjian dan gambar dan tumpuan kepada bahan yang penting dan mempunyai nilai sebagai bahan warisan khazanah negara, memberi latihan, khidmat nasihat serta rundingan dalam dan luar jabatan dan penyediaan laporan.



29.    Pembantu Antidadah

  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah.



30.    Pembantu Hal Ehwal Islam

  • BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :


  • 1. Penolong Pengarah/Penolong Setiausaha 2. Penolong Pegawai


  • DESKRIPSI TUGAS


  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.


  • SENARAI TUGAS: Pegawai Kader:


  • 1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan Pendekatan Hadhari (PH), Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI), dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 2. Bertanggungjawab menguruskan program Hadhari dan Pembangunan Insan berkaitan Kursus Tasawwur Islam, Kursus Bina Taqwa dan Kursus Bina Insan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan Pendekatan Hadhari, Penerapan Nilai-nilai Islam (PNI) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.


  • 7. Mengajar penghuni agama Islam asa-asas fardhu ain dan al-Quran.


  • 8. Bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan agama Islam di institusi


  • 9. Melibatkan diri dalam program dan aktiviti keagamaan yang diaturkan dan ditetapkan oleh institusi.


  • 10. Membantu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam menyediakan laporan aktiviti program agama Islam


  • 11. Membantu menyediakan bahan-bahan untuk teks khutbah Jumaat.


  • 12. Memberi khidmat nasihat kepada penghuni beragama Islam.


  • 13. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.



31.    Pembantu Perhubungan Perusahaan

  • Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/ kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan/ perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.



32.    Pembantu Pembangunan Masyarakat

  • Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah.

  • Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.



33.    Pembantu Pustakawan

  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.



34.    Pembantu Muzium

  • Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan sebagainya.


Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (U)


1.    Pengajar

  • Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan, penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menampung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.


2.    Pegawai Optometri

  • Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan mata untuk mengesan anomali fungsi penglihatan, merawat dan mengendalikan anomali tersebut menggunakan cermin mata, kanta sentuh, prisma, terapi visual dan low vision devices di samping menjadi perunding dalam masalah penglihatan warna secara profesional di dalam industri, pemanduan jalan raya serta memberi khidmat nasihat bagi memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


3.    Pegawai Dietetik

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Hospital Diet Manual, khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan diet teraputik, merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan berkaitan.


4.    Pegawai Farmasi

  • Bertanggungjawab berkhidmat di hospital kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi termasuk perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.

  • Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran atau terlibat dengan pengawalan farmaseutikal kebangsaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti perlesenan.


5.    Pegawai Pergigian

  • Bertanggungjawab meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat melalui rawatan dan aktiviti pencegahan kesihatan pergigian.


6.    Pegawai Pemulihan Perubatan

  • Bertanggungjawab dalam aspek perawatan pemulihan pesakit dalam bidang pengkhususan berkaitan dan membuat penilaian, perancangan dan pengurusan program rehabilitasi terhadap pesakit-pesakit.


7.    Pegawai Perubatan

  • Bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.


8.    Jurupulih Perubatan

  • Bertanggungjawab menilai dan mengenal pasti masalah pesakit dengan terperinci berlandaskan clinical reasoning dan kefahaman fisiologi serta manifestasi penyakit dan kecederaan. Menganalisa keutamaan masalah yang dihadapi.

  • Menjalankan rawatan dengan menggunakan berbagai intervensi generic. Merancang, membentuk dan melaksanakan program promosi kesihatan dalam aspek berkaitan dan relevan dengan fisioterapi.

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan bagi mengelak komplikasi berkaitan dengan kecederaan, penyakit dan peningkatan umur.

  • Merancang dan melaksanakan program rehabilitasi untuk mengembalikan pergerakan dan kefungsian diri ke tahap maksima berdasarkan evidence based practice dan teknologi semasa.

  • Merancang dan melaksanakan program bagi mengembangkan skop perkhidmatan fisioterapi merangkumi aktiviti/ program latihan dan penyelidikan.


9.    Penolong Pegawai Farmasi

  • Bertanggungjawab memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan. Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil dan losen untuk penyediaan perkhidmatan.

  • Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.

  • Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ointments dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.


10.    Juruteknologi Makmal Perubatan

  • Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


11.    Juruteknologi Pergigian

  • Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik bagi memulihkan fungsi mulut. Membuat prostesis pergigian bagi meningkatkan aspek fonetik dan estetik untuk meningkatkan keyakinan pesakit dan kualiti diri.


12.    Juruterapi Pergigian

  • Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.


13.    Pembantu Pembedahan Pergigian

  • Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.


14.    Pembantu Kesihatan Awam

  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention & Primary Health Care Approach).


15.    Juruteknik Perubatan

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Sains (Fizik) dalam menyediakan aksesori rawatan seperti blok sinaran, topeng cegah gerak, leg rest, dental mould, aksesori tray untuk linac, aksesori peralatan QC serta pengumpulan data bagi tujuan rawatan pesakit.


16.    Jururawat Masyarakat

  • Bertanggungjawab sebagai pekerja kesihatan yang menjalankan pelbagai tugas dan merupakan ahli pasukan kesihatan yang berkhidmat secara terus kepada masyarakat.


17.    Pembantu Perawatan Kesihatan

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


18.    Penolong Pegawai Perubatan

  • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, institusi-institusi wad dan program-program lain.


19.    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam aspek pengurusan, perancangan, pengawalan, pencegahan, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan aktiviti-aktiviti kesihatan awam dan kesihatan persekitaran iaitu kawalan penyakit, keselamatan dan kualiti makanan, bekalan air dan kebersihan alam sekeliling (BAKAS), kawalan mutu air minuman (KMAM), kesihatan pintu masuk (lapangan terbang, pelabuhan dan darat).


20.    Juru X-Ray

  • Bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.


21.    Jururawat

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.



Perkhidmatan Kewangan (W)


1.    Juruaudit

  • Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


2.    Pegawai Kewangan

  • Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit pegawai/ kakitangan. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan agensi serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus, mengawal dan memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan inventori pejabat. Juga bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Aliran Tunai serta menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun.


3.    Akauntan

  • Bertanggungjawab mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.


4.    Penguasa Kastam

  • Bertanggungjawab memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi sosial dan keselamatan negara.


5.    Pegawai Penilaian

  • Bertanggungjawab menilai bagi pihak kerajaan persekutuan dan agensinya, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pertubuhan perbadanan di mana kerajaan atau kerajaan negeri mempunyai kepentingan dan juga untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh menteri mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.


6.    Penolong Penguasa Kastam

  • Bertanggungjawab memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.


7.    Penolong Akauntan

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.


8.    Penolong Juruaudit

  • Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


9.    Penolong Pegawai Penilaian

  • Bertanggungjawab kepada pihak kerajaan persekutuan dan agensinya mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.


10.    Pembantu Juruaudit

  • Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.


11.    Pembantu Akauntan

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.


12.    Pembantu Tadbir (Kewangan)

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.


13.    Pembantu Penguasa Kastam

  • Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.


14.    Pembantu Penilaian

  • Bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.


Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim (T)



1.    Pegawai Penguat Kuasa Maritim


2.    Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim

Perkhidmatan Polis (Y)



1.    Pegawai Kanan Polis

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



2.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang, pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.



3.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan seperti penguatkuasaan undang-undang mengekalkan keamanan dan keselamatan di pedalaman dan sempadan, penyiasatan dan pendakwaan, mengumpul risikan keselamatan dan mencegah dan mengesan jenayah.



4.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

  • Sarjan: Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

  • Konstabel: Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas. Antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.


Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Z)



1.    Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia



2.    Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia




***
Catatan:

Maklumat ringkasan tugas ini boleh dijadikan panduan/rujukan umum dan tidak meliputi fungsi keseluruhan perkhidmatan yang dilaksanakan di pelbagai kementerian/jabatan/agensi.  Oleh itu, sebarang penambahbaikan kepada maklumat ringkasan tugas ini boleh dikemukakan melalui Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.