MANUAL
PENGGUNA
LIHATI
BAHAGIAN
PEMBANGUNAN ORGANISASI
JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM
2004
PUTRAJAYA
Manual Pengguna
Pengenalan
Laman
LIHATI dibina
sebagai satu laman interaktif dengan tujuan pelaporan
secara terus diatas talian.
Laman ini dibina bagi maksud
pemantauan pemilihan opsyen skim perkhidmatan oleh Cawangan Skim Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Laman
ini juga dapat membantu semua agensi Sektor
Awam bagi memastikan kakitangan kerajaan diberi pilihan yang sewajarnya dalam kerjaya mereka.
Bagi pihak BPO laman ini memberi
manfaat bukan sahaja dapat melihat
secara keseluruhan impak pilihan skim perkhidmatan yang diberi ia juga secara tidak langsung
membantu dari segi memantau perjawatan
skim tersebut yang wujud disetiap agensi dan pengisiannya.
Aspirasi
BPO membangunkan laman ini adalah agar maklumat pemilihan skim dapat diperolehi dengan cepat dan
mudah tanpa perlu melibatkan pemasangan sistem di pihak agensi.
Dengan data
yang telah diperolehi beberapa bentuk laporan yang perlu boleh diperolehi segera.
Objektif Laman LIHATI
·
Merupakan
laman rasmi bagi agensi melaporkan
pilihan skim perkhidmatan
yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan;
Cara-cara
Melayari Laman LIHATI
Laman LIHATI boleh dilayari dengan memasuki Laman Web rasmi JPA dan memilih dibawah
ruangan Laman Interaktif, atau boleh terus ke
halaman ini dengan menaip alamat
ini http://www.jpa.gov.my di
browser anda.
Gambarajah
Laman Interaktif dipaparkan seperti dibawah.
Gambarajah1 : Halaman JPA
Halaman Utama
Ini
adalah muka Halaman Utama laman
LIHATI. Halaman ini memaparkan maklumat tentang “apa itu LIHATI” dan tujuan
laman ini dibangunkan serta manfaat kepada agensi. Terdapat juga makluman pegawai dihubungi serta pautan ke
laman rasmi JPA dan maklumat BPO disebelah kiri. Navigasi di sebelah atas
adalah bagi memberi ruang pengguna
memilih untuk terus masuk atau
melihat dahulu senarai pekeliling yang ada. Untuk masuk ke halaman kemasukan ID perlu klik butang
MASUK.Bagi personel BPO kemasukan adalah dinavigasi sebelah kiri.
Kemasukan ID Personel BPO
![]()


Gambarajah 2 : Halaman Utama LihatI
Gambarajah 3 : Email kepada pegawai BPO di halaman Utama LihatI
Kemasukan ID
Halaman
Kemasukan ID yang dipaparkan
adalah bagi memastikan pengguna di agensi dapat
mencapai laman bagi kemasukan data yang dikawal mengikut agensi masing-masing. Kawalan adalah melalui ID NAMA yang berbeza dan KATALALUAN.
Bagi
Kemasukan ID pegawai BPO, dihalaman ini disediakan
pautan ke muka Kemasukan ID BPO dan juga kembali
ke Halaman Utama.
Bagi kedua-dua fungsi Kemasukan ID akan disahkan
jika ID NAMA dan KATALALUAN
yang dimasukkan adalah betul dengan menekan
butang LOGIN. Jika salah akan
dipaparkan semula muka Kemasukan ID tersebut dengan makluman salah kemasukan.
Gambarajah 4 : Muka Laman
Kemasukan ID Nama bagi Agensi dan
BPO
Senarai Pekeliling
Halaman ini akan memaparkan semua pekeliling yang telah dinaikmuat oleh pegawai BPO. Agensi perlu memilih pekeliling
yang berkaitan sahaja.
Gambarajah 5 : Senarai Pekeliling
untuk dipilih
Kemasukan Data Agensi
Halaman ini memaparkan tiga seksyen yang merangkumi Bilangan dan Tajuk
pekeliling yang dipilih dan bahagian kedua
adalah Borang Kemasukan Data.
Borang ini mengandungi
ruang mengisi seperti berikut, dimana Skim Perkhidmatan dan gred yang perlu
diisi adalah seperti
di dalam pekeliling yang dipilih:
·
Gred Asal dan Gred
Baru;
·
Bilangan Jawatan mengikut Waran;
·
Bilangan Pengisian mengikut Gred Hakiki;
·
Bilangan penerimaan, penolakan dan yang belum mengemukakan opsyen; dan
·
Implikasi Kewangan bagi 12 bulan.
Setelah mengisi kesemua maklumat tersebut sila tekan
butang HANTAR dan paparan maklumat yang telah dimasukkan akan dipaparkan
di bahagian Laporan di paparan
halaman muka yang sama. Sekiranya lebih dari satu
gred yang terlibat perlu mengisi boring tersebut sehingga semua gred yang telah dimasukkan dipaparkan. Paparan laporan ini juga boleh dicetak
oleh pihak agensi.
Gambarajah 6 : Laman muka
kemasukan data
Gambarajah 7 : Laman muka paparan data yang telah dimasukkan, contoh bagi dua skim perkhidmatan yang terlibat
Gambarajah 8 : Paparan untuk
cetakan oleh Agensi
Kemaskini data yang telah dimasukkan boleh dilaksanakan dengan memilih butang kemaskini pada laman paparan.
Gambarajah 9 : Laman Kemaskini
Laporan
BPO hanya boleh dicapai oleh pegawai
BPO, JPA sahaja setelah Kemasukan ID disahkan. Laporan ini boleh
dilihat mengikut senarai paparan berikut:
·
Senarai mengikut Jenis Perkhidmatan;
·
Senarai mengikut Kementerian;
·
Senarai mengikut Agensi; dan
·
Senarai mengikut Pekekliling.
Setiap pilihan laporan BPO yang dibuat, satu paparan secara keseluruhan maklumat opsyen yang telah dimasukkan oleh agensi akan dipaparkan termasuk jumlah keseluruhan mengikut kategori laporan tersebut. Paparan ini juga boleh dicetak.
Tarikh kemaskini : 26 Ogos 2004