Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ
Pentadbiran
-
Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kaunter yang berkualiti?
Perkhidmatan kaunter yang berkualiti adalah seperti di Bahagian III perenggan 4, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 10 Tahun 1991 dan Bahagian V perenggan 5.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007
-
Bolehkah diwujudkan satu kawasan merokok di Jabatan bagi membendung perokok-perokok daripada menggunakan dan mengotorkan tandas pejabat?
Tidak boleh seperti yang tercatat di perenggan 11 (1) (h), Bahagian IV P.U (A) 324, Akta Makanan 1983 - Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
-
Adakah menjadi kesalahan sekiranya pegawai meminta orang lain tolong mengetik kad perakam waktu?
Ya seperti di perenggan 2.3, Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.
-
Siapakah yang perlu menjalani tapisan keselamatan kasar dan tapisan keselamatan halus?
Mengikut Bahagian II perenggan 80, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Peribadi), menjelaskan iaitu:-
- Tapisan Kasar ialah proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat sulit; dan
- Tapisan Halus ialah proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara terperingkat Rahsia atau Rahsia Besar.
-
Perlukah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam memakai baju batik pada hari yang telah ditetapkan oleh Kerajaan?
Tidak Perlu seperti di perenggan 5, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008.
-
Mengapa Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja(FM) perlu disediakan?
MPK dan FM perlu disediakan kerana ia merupakan rujukan utama Jabatan dan individu yang membantu Jabatan/pejabat berfungsi dengan cekap dan berkesan seperti di perenggan 2 & 3, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991.
-
Apakah garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan dan urus setia mesyuarat sesebuah jabatan/organisasi?
Garis panduan mengenainya telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan iaitu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1991.
-
Bolehkan pegawai yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berbayar menuntut bayaran letak kereta?
Boleh menurut syarat yang ditetapkan di dalam perenggan 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1992.
-
Apakah tindakan yang perlu diambil kepada kakitangan yang datang lewat ke pejabat tanpa alasan munasabah dan tidak mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan?
Ketua Jabatan perlu melaporkan ketidakhadiran pegawai tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 25, Bahagian III, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002-P.U.(A) 246.
-
Apakah langkah bagi memastikan pakaian seragam yang dibekalkan Jabatan kepada pegawai adalah berkualiti dan menepati tempoh waktu tempahan?
Kerajaan telah menaikkan kadar bayaran upah jahit pakaian seragam mengikut harga seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 2 (iii), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002.
-
Apakah tujuan penyenggaraan aset Jabatan dibuat dan bagaimanakah proses penyenggaraan ini dapat dilakukan?
Penyenggaraan aset bertujuan supaya ia mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan di perenggan 19 hingga 22, Bab D, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Proses penyenggaraan dapat dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan di perenggan 10.7, Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian X, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007.
-
Apakah yang perlu dilakukan terhadap aset/ peralatan pejabat yang tidak boleh digunakan/ tidak diperlukan?
Dilupuskan mengikut perenggan 10.10, Bahagian X Pelupusan, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007. Kaedah pelupusan adalah seperti yang tercatat pada perenggan 23 hingga 36, Bab E Pelupusan, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.
-
Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memudahkan Pengawal Keselamatan membezakan pegawai Jabatan dengan orang luar/ pelawat?
Tindakan perlu diambil mengikut peraturan seperti yang tercatat di perenggan 25, Bahagian IV, Buku Arahan Keselamatan.
-
Apakah faedah yang diperolehi dari pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sesebuah Jabatan?
Faedah yang diperolehi seperti di perenggan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun 1991.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan aset alih?
Seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.




