Soalan Lazim RSS

Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ

Pentadbiran

Halaman: 1 2 3 4

  1. Apakah kategori bagi harta modal dan inventori?

    Kategori harta modal dan inventori adalah seperti di perenggan 5, Pendahuluan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

  2. Kembali ke atas

  3. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan bagi mewujudkan sistem pengurusan pengaduan awam yang berkesan?

    Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan seperti di perenggan 4.5, Bahagian IV (Pengurusan Perhubungan Pelanggan), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

  4. Kembali ke atas

  5. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum pelupusan secara musnah dilaksanakan?

    Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti di perenggan 33.10 (b), Bab E Pelupusan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

  6. Kembali ke atas

  7. Adakah sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital swasta perlu sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan?

    Tidak perlu sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti di perenggan 3, a hingga c Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006.

  8. Kembali ke atas

  9. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan pejabat dan kawasan sekitarnya bersih dan kemas.

    Tindakan yang perlu diambil ialah seperti di perenggan 1.20, Bahagian I - Pengurusan Am Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

  10. Kembali ke atas

  11. Apakah tujuan perhimpunan bulanan diadakan disetiap Jabatan Kerajaan?

    Tujuan perhimpunan bulanan diadakan adalah seperti di perenggan 1.18, Bahagian I - Pengurusan Am Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

  12. Kembali ke atas

  13. Bolehkah kakitangan wanita yang menyertai aktiviti PUSPANITA Jabatan diberi cuti tanpa rekod?

    Boleh seperti perenggan 42 (a), Perintah Am Bab C.

  14. Kembali ke atas

  15. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan sekiranya Buku Perkhidmatan Kerajaan musnah kerana kebakaran?

    Jabatan boleh menyediakan semula Buku Perkhidmatan yang rosak, hilang atau musnah berpandukan dokumen dan maklumat yang sahih yang disimpan oleh agensi berkenaan dan agensi yang pegawai pernah berkhidmat seperti perenggan 8, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008

  16. Kembali ke atas

  17. Agensi manakah yang perlu dirujuk sekiranya Jabatan ingin mendapatkan Perakuan Pelupusan (PEP) aset mekanikal?

    Jabatan hendaklah merujuk kepada JKR atau Jabatan yang mempunyai worksyop sendiri atau khidmat pakar-pakar khusus dalam peralatan-peralatan tertentu seperti perenggan 27, 27.2, Bab E Pelupusan, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

  18. Kembali ke atas

  19. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan susun atur pejabat yang baik?

    Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti Garis Panduan Bagi Melaksanakan Pejabat Pelan Terbuka, perenggan 4.1, (a) hingga (g), Surat Pekeliling Am Bilangan 14 Tahun 1982.

  20. Kembali ke atas

  21. Bolehkah Jabatan menggantikan penggunaan Sistem Kad Perakam Waktu dengan Sistem Perakam Waktu yang lain?

    Boleh. Jabatan dibenarkan mengguna Sistem Perakam Waktu Elektronik seperti perenggan 2, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2004.

  22. Kembali ke atas

  23. Bolehkah seseorang pegawai Perkhidmatan Awam membawa balik kad perakam waktunya setiap hari?

    Tidak boleh kerana kad perakam waktu hendaklah sentiasa diletakkan di tempat yang telah disediakan berhampiran dengan mesin pengetik waktu seperti perenggan 1.2, (Panduan Bagi Menggunakan Sistem Kad Perakam Waktu) Surat Pekeliling Am Bilangan 11 tahun 1981.

  24. Kembali ke atas

  25. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil terhadap setiap bangunan yang menempatkan pejabat Kerajaan?

    Mengikut perenggan 22, Buku Arahan Keselamatan (Keselamatan Fizikal) menjelaskan langkah-langkah keselamatan terhadap sesebuah bangunan hendaklah diambil bertujuan untuk menghalang orang-orang yang tidak dibenarkan daripada dapat memperhati, mendengar dan memperolehi perkara-perkara terperingkat dari luar atau dalam dengan memasuki pejabat secara haram. Langkah-langkah tersebut adalah termasuk semua atau sebahagian daripada berikut:-

    1. Menghadkan jalan keluar masuk dan mengadakan kaunter-kaunter;
    2. menyediakan atau memperkukuhkan tingkap-tingkap dan pintu-pintu dan dilengkapkan dengan kunci-kunci keselamatan;
    3. memperkukuhkan dinding dan siling;
    4. memasang alat-alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh atau lain-lain alat teknik, mekanik, elektrik dan elektronik;
    5. menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat; dan
    6. mewujudkan perkhidmatan pengawalan keselamatan.

  26. Kembali ke atas

  27. Apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas penjawat awam sekiranya menggunakan alat komunikasi mudah alih Kerajaan untuk mengedarkan emel-emel palsu?

    Penjawat Awam boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau mana-mana peraturan lain yang berkuatkuasa sekiranya menyalahgunakan alat komunikasi mudah alih seperti perenggan 7, (c) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009.

  28. Kembali ke atas

  29. Adakah pegawai yang diluluskan cuti separuh gaji kerana mengidap penyakit kusta melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar boleh diberi pergerakan gaji tahunan?

    Boleh diberi secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji dalam tempoh perkhidmatan seperti perenggan 64, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

  30. Kembali ke atas

Halaman: 1 2 3 4