Soalan Lazim RSS

Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ

Skim Perkhidmatan & Perjawatan

  1. Bolehkah Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 yang telah lulus Peperiksaan PTK dan telah berkhidmat melebihi 10 tahun dinaikkan pangkat ke Gred N4 secara “time based“?

    Tidak bolehkerana urusan kenaikan pangkat sesuatu jawatan adalah berdasarkan
    kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.

  2. Kembali ke atas

  3. Apakah jawatan- jawatan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) yang boleh dipohon oleh Pembantu Am Pejabat ?

    Terdapat lapan (8) jawatan memperuntukkan kenaikan pangkat secara lantikan(KPSL) kepada Pembantu Am Pejabat seperti di Lampiran A1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.

  4. Kembali ke atas

  5. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Jumud?

    Buku Istilah Perkhidmatan Awam yang boleh dilayari di http://www.jpa.gov.my/daftar/d1.htm merujuk Perkhidmatan Jumud sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandang dalam perkhidmatan yang dijumudkan.

  6. Kembali ke atas

  7. Bolehkah seseorang pegawai awam dipinjamkan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia?

    Boleh, seperti di Bahagian II, perenggan 12 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007.

  8. Kembali ke atas

  9. Jabatan manakah yang perlu dirujuk sekiranya agensi ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan mengenai maksud kelulusan yang setaraf?

    Agensi boleh merujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti di perenggan 16, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
    Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

    Catatan: Perkara ini hendaklah disalurkan ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

  10. Kembali ke atas

  11. Apakah perkara yang perlu dinyatakan dalam iklan kekosongan jawatan untuk tujuan pengambilan ?

    Perkara-perkara yang perlu dinyatakan seperti di Bahagian III, perenggan 14 (2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.

  12. Kembali ke atas

  13. Bolehkah seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam?

    Boleh dengan kebenaran khas Suruhanjaya seperti di perenggan 9 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

  14. Kembali ke atas

  15. Berapa lamakah tempoh seseorang calon simpanan boleh dinaikkan pangkat?

    Tempoh seseorang calon simpanan boleh dinaikkan pangkat adalah dalam tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat diumumkan seperti di perenggan 14, Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986.

  16. Kembali ke atas

  17. Bolehkah kekosongan jawatan jumud diisi dengan pengambilan baru?

    Tidak boleh seperti perenggan 28, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

  18. Kembali ke atas

  19. Bolehkah seorang Pembantu Tadbir (P/O) gred N17 berumur melebihi 50 tahun dan telah berkhidmat melebihi 15 tahun dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tanpa lulus peperiksaan PTK?

    Tidak boleh kerana salah satu syarat untuk kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ialah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan seperti perenggan 3.1, (c), lampiran A, Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan JPA(S)NP.134/1 Klt. 19/s.k. 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

  20. Kembali ke atas

  21. Bolehkah sekiranya Ketua Jabatan mengarahkan Pembantu Tadbir (P/O) yang dinaikkan pangkat ke gred N22 secara KUP menjalankan tugas Ketua Pembantu Tadbir?

    Boleh seperti di Lampiran A perenggan 3.2, Surat Edaran JPA (S)NP. 134/1 Klt. 19/s.k. 2(11) bertarikh 14 Mei 2009.

  22. Kembali ke atas