Maklumat Korporat RSS

Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia


Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

ismail@jpa.gov.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja di mana Pihak Pekerja diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi Jabatan.

Justeru itu, MBJ berperanan untuk membantu pihak pengurusan bagi menyelesaikan isu-isu setempat yang dihadapi oleh penjawat awam merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubungkait dengan pentadbiran. Semua ahli MBJ boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan berkongsi idea dalam mencari penyelesaian terhadap isu dan perbincangan hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan masalah bersama.

Dalam usaha untuk memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan awam, maka laman web MBJ ini diwujudkan supaya penjawat awam dapat berkongsi maklumat dan ilmu dalam melaksanakan MBJ di peringkat Kementerian/Jabatan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan  peringkat Persekutuan/Negeri. Saya berharap laman web MBJ dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai wawasan Negara dengan perkhidmatan awam yang cemerlang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI ISMAIL ADAM
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM