Skop, Fungsi dan Tugas RSS

Skop, Fungsi dan Tugas

Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan - Pekerja (Majlis Bersama Jabatan) di Bawah Aplikasi HRMIS

Pengurusan Perhubungan Majikan - Pekerja adalah salah satu daripada submodul di bawah Modul Pengurusan Komunikasi Dan Tatatertib Pekerja aplikasi HRMIS. Submodul ini menyediakan fungsi-fungsi bagi membolehkan pengguna mewujudkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ), menguruskan isu dan mesyuarat, menyelenggara ahli-ahli wakil pihak pekerja serta menjana laporan pemantauan MBJ. Pelaksanaan submodul ini melibatkan peralihan dari amalan semasa kepada sistem pengurusan Perhubungan Majikan - Pekerja secara elektronik melalui HRMIS.

Meluluskan Perlembagaan/Pindaan Perlembagaan

Bagi mewujudkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di sesuatu Kementerian/agensi/jabatan, perlembagaan MBJ perlulah didraf terlebih dahulu. Perlembagaan ini perlulah selari dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002. Draf perlembagaan perlu dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan dan diberi nombor MBJ.

Perlembagaan yang telah diluluskan boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan sesuatu Kementerian/agensi/jabatan. Cadangan pindaan perlu dipersetujui terlebih dahulu dalam mana-mana mesyuarat MBJ Kementerian/agensi/jabatan dan seterusnya dikemukakan ke JPA untuk kelulusan sebelum diterimapakai.

Taklimat

Taklimat berkenaan dengan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diberikan kepada Kementerian/Jabatan/agensi dari masa ke semasa atas permintaan Kementerian/Jabatan/agensi atau kehendak JPA sendiri apabila ada keperluan. Tujuan taklimat ini untuk memberitahu dan memberi informasi berkenaan dengan MBJ kepada penjawat awam supaya penjawat awam sama ada dari pihak pekerja atau pengurusan dapat mengetahui mengenai MBJ yang sebenarnya. Sesi taklimat ini akan disusuli pada akhirnya dengan sesi soal-jawab di mana peserta boleh mengemukakan soalan atau meminta penjelasan mengenai perkara berkaitan dengan MBJ.

Khidmat Nasihat

Khidmat nasihat mengenai MBJ sentiasa diberikan dari masa ke semasa kepada yang memerlukan. Khidmat nasihat ini boleh berlangsung melalui talian-talian telekomunikasi yang ada atau secara berhadapan.

Naziran

Naziran dijalankan dari masa ke semasa ke Kementerian/Jabatan/agensi yang didapati menghadapi masalah dalam mengendalikan MBJ. Pasukan naziran akan mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dan memberikan cadangan-cadangan bagi menangani masalah.