Inventori Minda Sejahtera
Inventori Minda Sejahtera

Program ini dibangunkan secara atas talian bagi mengenalpasti tahap kesihatan mental individu melalui ujian saringan yang disediakan di samping dapat mendekatkan penjawat awam dengan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA.
Ujian yang disediakan adalah seperti berikut:
Tujuan
Memperkasakan para penjawat awam dengan pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat mengurus kesihatan mental dengan lebih berkesan.
Kumpulan Sasar
Penjawat awam dan ahli keluarga
Objektif
Menggalakkan para penjawat awam di Malaysia membudayakan kesihatan mental yang positif
Untuk mengetahui tahap status kesihatan mental individu dan faktor risiko melalui ujian tertentu
Mengenalpasti ciri-ciri serta faktor-faktor penyebab gangguan mental
Mengenalpasti tahap kesihatan mental diri sendiri dan mempunyai kemahiran dan kemampuan menguruskan kesihatan mental yang berkesan
Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran penjawat awam mengenai kesihatan mental yang sihat selain menggalakkan penjawat awam dan ahli keluarga menjalani saringan bagi mengenalpasti status kesihatan mental serta faktor risiko yang mempengaruhinya
Untuk mengenalpasti faktor-faktor dan simptom-simptom risiko gangguan mental
Ringkasan Ujian
Ujian DASS21 - Mengetahui tahap stres, kebimbangan & kemurungan
Ujian K10 - Mengetahui tahap tekanan individu
Senarai Semak Kecelaruan Bipolar - Mengenalpasti kecelaruan bipolar melalui perubahan mood/emosi
Ujian Skala Kesejahteraan Mental Warwick-Edinburgh (WEMWBS) - Mengetahui tahap kesejahteraan mental
GHQ28 - Mengetahui tahap kualiti hidup dan mengenalpasti simptom-simptom lain yang berkaitan
WHOQOL-BREF - Mengetahui tahap kualiti hidup individu mengikut empat aspek termasuklah kesihatan fizikal, psikologi, hubungan sosial dan persekitaran
Senarai Semak YBOCS - Mengetahui tahap kecelaruan Obsessive Compulsive Disorder individu