|
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
|
|
|
2005 |
|
|
|
2003 |
|
2002 |
|
Penyelidikan Online |
|
|
|
|
|
| |
|
 |
|
JABATAN
PERKHIDMATAN
AWAM BLOK C1 & C2,PARCEL C, PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN,
62510,PUTRAJAYA
|
|
|
|
| PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Syukur kehadrat Allah S.W.T.
kerana dengan taufiq dan limpah kurniaNya sekali lagi Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dapat menganjurkan Seminar Pengurusan
Sumber Manusia pada tahun 2004 ini dengan bertemakan "Amalan
Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Dalam Sektor Awam". Seminar
ini seharusnya menjadi landasan kepada para pengurus sumber
manusia (PSM) perkhidmatan awam menyumbang idea-idea dan
strategi-strategi baru dengan matlamat bersama untuk
meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Awam kepada suatu tahap
yang lebih tinggi dalam memenuhi cabaran bersaing menerusi
amalan PSM yang berkesan. Negara kita
memerlukan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi untuk
menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi merangsangkan
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara. Ke
arah mencapai wawasan negara, pelaksanaan Sistem Saraan
Malaysia dalam Perkhidmatan Awam perlu menjadi pemacu kepada
usaha peningkatan keberkesanan PSM dalam mencapai
kecemerlangan prestasi kerja menerusi budaya pembelajaran
berterusan. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kepada unit
PSM di setiap agensi perkhidmatan yang ditubuhkan untuk
memberi komitmen sepenuhnya dalam menyelaras, melaksana,
memantapkan dan memantau semua aspek pelaksanaan dasar PSM di
peringkat agensi khususnya dan perkhidmatan awam amnya.
Justeru, salah satu faktor PSM yang strategik ke arah
kecemerlangan perkhidmatan awam ialah keupayaan sumber tenaga
manusia yang berdaya saing dan menjadi pengerak utama
menyokong dan melaksanakan pembaharuan, pengubahsuaian,
penciptaan semula, dan perekayasaan semula kepada sistem dan
proses pengurusan. Dalam hal ini, pembudayaan nilai-nilai
kecemerlangan dalam perkhidmatan awam amat diperlukan dan
berada pada tahap amalan yang tinggi seperti penghayatan
nilai-nilai kualiti, produktiviti, inovatif, integriti,
akauntabiliti, disiplin, profesionalisme, tadbir urus yang
baik, dan berfokuskan kepada komuniti.
Atas
pertimbangan sedemikian, menjadi tanggungjawab setiap
peringkat organisasi perkhidmatan awam untuk terus responsif
kepada persekitaran dan mengambil tindakan yang proaktif
melalui pelaburan modal insan dalam aspek pemeliharaan
kebajikan, pembangunan kerjaya, penguasaan pengetahuan dan
kemahiran, dan amalan nilai-nilai peribadi mulia dalam
memastikan anggota perkhidmatan awam dapat melaksanakan tugas
mereka dengan berkesan. Ini bermakna walaupun dipisahkan
daripada kepimpinan organisasi yang berbagai-bagai, setiap
pegawai awam dan organisasi perkhidmatan awam perlu berpegang
kepada prinsip dan matlamat yang sama dengan wawasan semasa
negara menerusi sumbangan pada tahap prestasi yang tinggi
daripada Perkhidmatan Awam. Semoga sumbangan yang penuh
bermakna ini memberi jaminan kemakmuran kepada bangsa, agama
dan negara ini. Sekian.
Tan Sri
Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri |
| |
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN
Seminar
Pengurusan Sumber Manusia yang bertemakan "Amalan Budaya Kerja
Berprestasi Tinggi Dalam Sektor Awam" ini merupakan forum yang
amat penting dalam usaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
melengkapi peranannya sebagai agensi pusat yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia (PSM) dalam
Perkhidmatan Awam. Melalui seminar ini, JPA bersama-sama
agensi-agensi perkhidmatan awam yang diwakili oleh
pengurus-pengurus sumber manusia akan dapat menjana idea-idea
baru untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan perkhidmatan awam
membantu negara mencapai matlamatnya.
Cabaran utama
yang dihadapi oleh pengurus-pengurus sumber manusia dalam
Perkhidmatan Awam ialah bagaimana pengurusan perubahan
terhadap PSM itu bermakna dan berkesan serta menjamin
pencapaian prestasi yang tinggi kepada organisasi
masing-masing. Antara ciri sesebuah organisasi yang mencapai
tahap prestasi tinggi ialah keupayaan pengurus sumber manusia
membuat penyesuaian terhadap amalan PSM dengan keperluan
perubahan semasa. Oleh yang demikian, perubahan-perubahan dari
pelaksanaan PSM dalam perkhidmatan awam memerlukan
pengurus-pengurus sumber manusia yang berkeupayaan membentuk
satu sistem pengurusan perubahan yang komprehensif dan
berkesan dalam organisasi masing-masing.
Bagi
menjadikan perkhidmatan awam yang baik dan berdaya saing,
amalan PSM yang meliputi aspek-aspek struktur, sistem dan
keanggotaan perlu terus ditingkatkan secara strategik. Ini
memerlukan pendekatan dan strategi yang berteraskan
nilai-nilai keadilan, keharmonian dan kesempurnaan yang
mencerminkan amalan budaya berprestasi tinggi. Antara aspek
yang perlu dipertimbangkan ialah sistem dan struktur
pentadbiran organisasi yang diperlukan, strategi dan gaya
kepimpinan yang hendak digunakan, peringkat keanggotaan dan
kemahiran yang perlu diadakan serta nilai-nilai dan budaya
kerja yang harus diwujudkan. Dengan adanya pengurusan yang
cekap dan keupayaan pengurusan organisasi yang berkesan, maka
segala perkhidmatan dapat disampaikan dengan sempurna kepada
masyarakat.
Sehubungan itu, semua peringkat organisasi
perkhidmatan awam bertanggungjawab memastikan segala dasar,
program dan perkhidmatan yang dibentuk perlu berkonsepkan
budaya berprestasi tinggi yang dapat menunjukkan tahap
kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan dari segi
keberkesanan, kecekapan, bertanggungjawab, dan responsif
kepada pelanggan. Keupayaan seperti ini akan membawa hasil dan
mewujudkan kemakmuran kepada negara sebagaimana yang
dihasratkan oleh Kerajaan.
Sekian.
Thomas George
|
| |
| RASIONAL
Seminar PSM ini mula dianjurkan oleh JPA pada
tahun 2002 di Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 2003 di INTURA,
Sungai Petani, Kedah. Seminar tahunan ini merupakan salah satu usaha
utama JPA untuk memperkukuhkan lagi fungsi pengurusan sumber manusia
di kementerian dan jabatan sektor awam setelah Bahagian Sumber
Manusia di agensi-agensi pelaksana tersebut disusun semula.
Seminar PSM pada tahun 2002 yang lalu telah menekan kepada
aspek pembangunan secara keseluruhan pengurus-pengurus PSM
agensi-agensi awam memandangkan Bahagian-bahagian PSM baru sahaja
ditubuhkan. Peserta-peserta seminar telah didedahkan kepada
perubahan-perubahan persekitaran yang mempengaruhi sektor awam dan
amalan-amalan terbaik ke arah peningkatan PSM sektor awam.
Bagi Seminar PSM 2003 pula, penekanan diberikan kepada
pembangunan modal insan dalam organisasi sektor awam.
Peserta-peserta seminar telah didedahkan kepada konsep dan
kaedah-kaedah untuk membangunkan pekerja melalui aplikasi model
kompetensi, pembelajaran berterusan, perkongsian pengetahuan dan
maklumat serta pengurusan penilaian prestasi.
Manakala Seminar PSM
2004 ini pula akan menumpukan kepada aspek pembangunan budaya
berprestasi tinggi dalam organisasi sektor awam melalui perancangan
sumber manusia, pembangunan sumber manusia dalam organisasi, dan
pengukuran prestasi organisasi.
Objektif
:
|
i) |
Membangunkan
kesedaran pengurus sumber manusia bagi
menghadapi cabaran-cabaran dalam pengurusan sumber
manusia sektor awam. |
| |
|
|
ii) |
Memperkenalkan konsep dan kaedah
pengurusan sumber manusia bagi meningkatkan prestasi sektor
awam; dan |
| |
|
|
iii) |
Mengenalpasti stratergi-stratergi
pengurusan sumber manusia ke arah pengamalan budaya kerja
berprestasi tinggi di sektor-sektor
awam. |
|
 |
|
|
PETIKAN
KATA-KATA |
 |
"..setiap
dari kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi
membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita
ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh
tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita harus
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang tertinggi dan
muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.."
|
YAB
Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana
Menteri Malaysia
|
Perutusan
Sambutan Hari Kebangsaan
Kali Ke-47,
30 Ogos 2004
|
 |
"..untuk
mempastikan organisasi yang diterajui mencapai
tahap prestasi yang terbaik, pembelajaran yang berterusan,
teknologi yang terkini, pengkhususan yang mendalam dalam
bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan adalah perlu
bagi perjalanan dan kecekapan organisasi mencapai
tahap cemerlang.."
|
Y.Bhg. Tan Sri
Samsudin bin Osman
Ketua Setiausaha Negara
|
Ucapan
Majlis Santapan Yang Di-Pertuan Agong
Bersama
Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik
8
Mac 2004
|
 |
"..untuk
bersaing, JPA perlu membina sistem kerja yang berprestasi
tinggi, menggunakan bakat dan kemahiran warganya serta
teknologi baru dengan lebih baik lagi. Dalam hal ini, JPA akan
menghadapi cabaran untuk menyatupadukan bakat dan kemahiran
tenaga kerja, teknologi, dan struktur organisasinya bagi
memperolehi kelebihan bersaing, iaitu, bersaing menerusi
sistem kerja yang berprestasi tinggi.."
|
|
Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin
bin Haji Ahmad Damanhuri
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
|
Perutusan
Amanat Tahun Baru
Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JPA
14 Januari 2004
|
 |
|
|
ATURCARA |
| 5.00 petang - 7.30 malam
|
Pendaftaran (Bilik Butterworth
3 dan 4 - Lower Ground). |
| 8.00 malam - |
Jamuan Makan Malam
Dihoskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(Patio - Ground Floor next to Terrace
Cafe)
|
| 9.30 malam
- |
Taklimat mengenai
Seminar (Bilik Butterworth 3 dan 4 - Lower
Ground) |
23 SEPTEMBER 2004
(KHAMIS)
| 8- 8.30 pagi
- |
Peserta mengambil tempat di Dewan
Seminar
|
| 8.45 pagi
- |
Ketibaan Y. Bhg. Dato' Abdul Wahab
bin Mulajat |
| 9.00 pagi
- |
Ucaptama dan perasmian oleh Y.
Bhg. Dato' Abdul Wahab bin Mulajat, Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Malaysia.
|
| 9.45 pagi
- |
Sesi Bergambar bersama Y. Bhg.
Dato' Abdul Wahab bin Mulajat, Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, (Pembangunan)
Malaysia.
|
| - |
Jamuan ringan (Lobby Lounge -
Ground Floor)
|
| 10.30 pagi
- |
Sesi
Perbentangan 1
|
| |
Kertas
1 "Strategic Human Resource Management - The
Key to Organisational Success" oleh Hamidi Baharuddin
Accenture.
|
| |
Kertas
2 "Mobilizing Human Capital through High
Performance Culture" oleh Y.
Bhg. Dato' Pahamin A. Rajab,
Chairman,AirAsia.
|
| |
Kertas
3 "Creating and Sustaining a High Performance
Culture in an Organisation - The Petronas
Experience" oleh Abu
Fitri bin Abd. Jalil, Petronas
|
| 1.00 petang
- |
Makan tengahari (Terrace Cafe -
Ground Floor).
|
| 2.30 petang
- |
Sesi
Pembentangan 2
|
| |
Kertas
4
"HR's Role in Meeting the Organisational
Challenges" oleh Prof.
Madya Dr. Arifin Ahmad, Universiti Sains
Malaysia.
|
| |
Kertas
5
"Driving Organisational Performance through
Human Resource Management Practices" oleh M. Krishnan, Samsung
Electronics.
|
| |
Kertas
6
"Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia di
Agensi-Agensi Sektor Awam" oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Mohtar b. Abas
Bahagian Perkhidmatan,JPA.
|
| 5.00 petang
- |
Minum petang (Lobby Lounge -
Ground Floor).
|
24 SEPTEMBER 2004
(JUMAAT)
| 8.30 pagi
- |
Sesi
Pembentangan 3
|
| |
Kertas
7
"Perancangan Sumber Manusisa Dalam
Perkhidmatan Awam" oleh Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan JPA
|
| |
Kertas
8 "Implementing HRP Framework for the Malaysian
Public Service" oleh
Imran Abdullah, KPMG. |
| 9.45 pagi
- |
Minum pagi.
|
| 10.15 pagi
- |
Sesi
Pembentangan 4
|
| |
Kertas
9 "Ensuring Human Resouces Capacity and
Competency in the Public Sector" oleh Hj. Aziz bin Mohd Akil,
Bahagian Latihan, JPA.
|
| |
Kertas
10 "Determining Organisational Training Needs-A
Case Study" oleh Bahagian Penyelidikan dan
Perancangan,JPA.
|
| |
Kertas
11 "Linking Training and Performance:
Competency-based Training"oleh
Dr. Hj. Malek Shah bin Hj. Mohd. Yussoff, INTAN,
JPA.
|
| 12.15
tengahari- |
Makan tengahari (Terrace Cafe-
Ground Floor)
|
| 2.45 petang
- |
Sesi
Pembentangan 5
|
| |
Kertas
12 "Implementing a Performance Driven
Culture" oleh Eustace Gomez,
Watson Wyatt.
|
| |
Kertas
13 "Performance Managemnet Practices in
Ensuring Employee Work Place Effectiveness"
oleh National
Productivity Corporation.
|
| |
Kertas
14 "Driving Organisational Excellence through
Key Performance Indicators" oleh Dr. Shahrudin Muslimin,
Telekom Malaysia.
|
| 4.30 petang
- |
Minum petang (Lobby
Lounge-Ground Floor).
|
| 5.00 petang
- |
Sesi
Pembincangan Kumpulan Tema
Perbincangan "Membangun, Mengamal dan
Mengembangkan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Dalam
Organisasi Perkhidmatan Awam" (Seminar Room and Garden
Cafe)
|
| 10.30 malam - |
Minum
malam |
25 SEPTEMBER 2004
(SABTU)
| 8.30 pagi
- |
Pembentangan Hasil
Perbincangan Kumpulan.
|
| 10.30 pagi
- |
Minum pagi (Lobby Lounge -
Ground Floor).
|
| 11.00 pagi
- |
Sesi Penggulungan.
|
| 11.30 pagi
- |
Penutupan dan Penyampaian Sijil
oleh Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad
Damanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam, Malaysia
|
| 12.30
tengahari- |
Makan tengah hari (Terrace Cafe)
|
| |
Bersurai.
| |
| |
|
|
JAWATANKUASA PENYELARAS SEMINAR PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA 2004
Penaung Tan Sri Jamaluddin bin Hj.
Ahmad Damanhuri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Penasihat Dato' Zakaria bin Mohd
Taib Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Dato' Abdul Wahab bin Mulajat Timbalan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
Pengerusi Thomas George
Ketua Penyelaras Md Zin bin Musa
Pasukan Petugas Liew Swee
Liang Maziah binti Che Yusoff Siti Norlailasari binti
Ab. Rahman Samsuni bin Mohd. Nor Munirah binti Ahmad
Bajanuddin Ahmad Rodzi bin Abidin Nor Shah bin Mohamed
Abdul Halim bin Ahmad Khairull Nizam bin Muisan
Urusetia Siti Fatimah binti
Din Zabedah binti Joned Mohd Noor bin Zain Noor
Faridah binti Sharaai |
|
|
| |
| |