|
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
|
|
|
2005 |
|
|
|
2003 |
|
2002 |
|
Penyelidikan Online |
|
|
|
|
|
| |
|
 |
|
JABATAN
PERKHIDMATAN
AWAM BLOK C1 & C2,PARCEL C, PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN,
62510,PUTRAJAYA
|
|
|
|
SEMINAR PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA (PSM)
Seminar PSM ini
mula dianjurkan oleh JPA pada tahun 2002 di Pulau Pinang
dan seterusnya pada tahun 2003 di INTURA, Sungai Petani,
Kedah. Seminar tahunan ini merupakan salah satu usaha
utama JPA untuk memperkukuhkan lagi fungsi pengurusan
sumber manusia di kementerian dan jabatan sektor awam
setelah Bahagian Sumber Manusia di agensi-agensi
pelaksana tersebut disusun semula.
Seminar PSM
pada tahun 2002 telah memberi penekanan kepada aspek
pembangunan secara keseluruhan pengurus-pengurus PSM
agensi-agensi awam memandangkan Bahagian-bahagian PSM
baru sahaja ditubuhkan. Peserta-peserta seminar telah
didedahkan kepada perubahan-perubahan persekitaran yang
mempengaruhi sektor awam dan amalan-amalan terbaik ke
arah peningkatan PSM sektor awam.
Bagi Seminar
PSM 2003 pula, penekanan diberikan kepada pembangunan
modal insan dalam organisasi sektor awam.
Peserta-peserta seminar telah didedahkan kepada konsep
dan kaedah-kaedah untuk membangunkan pekerja melalui
aplikasi model kompetensi, pembelajaran berterusan,
perkongsian pengetahuan dan maklumat serta pengurusan
penilaian prestasi.
Seminar PSM 2004 ini pula
akan menumpu kepada aspek pembangunan budaya berprestasi
tinggi dalam organisasi sektor awam melalui perancangan
sumber manusia, pembangunan sumber manusia dalam
organisasi,
dan pengukuran prestasi organisasi.
|
|
| |