Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian Y.Bhg Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan terhadap perkara di atas.
Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, JPA sekali lagi menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA bagi mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikatan oleh jabatan ini. Dapatan daripada kajian ini akan dapat membantu JPA meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggannya di masa hadapan.
Sehubungan itu, semua pelanggan yang pernah berhubung dan mendapat layanan pegawai JPA amatlah dialu-alukan untuk memberikan penilaian seterusnya mencadangkan tindakan penambahbaikan yang boleh diambil oleh JPA. Sila lengkapkan borang soal selidik yang disediakan di Portal JPA ini dan kembalikan kepada JPA selewat-lewatnya pada 9 Januari 2009 (Jumaat). Segala maklumat yang diberi akan dirahsia.
Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
DR. JOHN ANTHONY XAVIER
Pengarah
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat
JPA