FAEDAH AUDIT NILAI

Faedah-faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan audit nilai adalah seperti berikut :

(a) mendapat maklumat sahih tentang kedudukan organisasi berhubung tahap amalan nilai;

 

(b) menilai kembali program-program yang telah dilaksanakan untuk membuat penambahbaikan atau pembentukan program baru yang sesuai;

 

(c) membantu jabatan merangka dan mengenal pasti kursus atau latihan yang diperlukan oleh pegawai untuk meningkatkan amalan nilai; dan

 

(d) meningkatkan imej organisasi melalui program-program peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.