A + | A -          

MENU


GLOSARI ISTILAH
Deskripsi istilah dalam skim perkhidmatan.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Senarai dan fungsi utama klasifikasi perkhidmatan.
SYARAT LANTIKAN
RINGKASAN TUGAS
Penghuraian skop fungsi tugas setiap perkhidmatan.
PENGHURAIAN KERJA
Penghuraian kerja setiap perkhidmatan.
 
 

SPA

SPP

 
 

PDRM

ATM

 

Senarai Soalan-soalan Lazim


1.

Apakah perkhidmatan?


Perkhidmatan ialah jenis tugasan atau kerja yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota perkhidmatan awam selaras dengan penghuraian kerja skim perkhidmatannya.


2.

Apakah klasifikasi perkhidmatan?


Klasifikasi perkhidmatan bermaksud penggolongan perkhidmatan berdasarkan bidang, peranan dan fungsi serta pengkhususan yang tertentu. Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) skim perkhidmatan telah disusun semula kepada 21 klasifikasi perkhidmatan berasaskan persamaan peranan dan fungsi.


3.

Apakah bidang perkhidmatan?


Bidang perkhidmatan ialah jenis perkhidmatan yang diwujudkan di bawah klasifikasi perkhidmatan yang dibezakan secara nyata antara satu dengan lain berdasarkan penghuraian kerja perkhidmatan itu.


4.

Apakah kumpulan perkhidmatan?


Kumpulan perkhidmatan ialah peringkat perkhidmatan dalam Perkhidmatan awam iaitu sama ada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana.


5.

Siapakah ketua perkhidmatan?


Ketua perkhidmatan ialah pegawai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah perkhidmatan awam untuk mengetuai sesuatu perkhidmatan serta bertanggungjawab menguruskan semua urusan perkhidmatan anggota terbabit seperti pelantikan, penempatan, pertukaran, kenaikan pangkat, latihan, saraan dan lain-lain tertakluk kepada syarat-syarat yang terdapat dalam sesuatu skim perkhidmatan berkenaan.


7.

Apakah perkhidmatan jumud?


Perkhidmatan jumud ialah perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua pelantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandang dalam perkhidmatan yang dijumudkan.


9.

Apakah lapisan gred?


Lapisan gred ialah peringkat atau struktur gred yang berlainan tarafnya dalam sesuatu skim perkhidmatan.


10.

Apakah Opsyen?


Opsyen ialah pilihan yang diberi kepada seseorang anggota apabila berlaku pertukaran skim perkhidmatan bagi menentukan sama ada anggota berkenaan menerima atau menolak tawaran itu.


11.

Apakah pelarasan gaji?


Pelarasan gaji ialah tindakan yang menyesuaikan gaji yang diterima oleh seseorang anggota ke gaji yang baharu akibat perubahan tertentu ke atas skim perkhidmatannya.


12.

Apakah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)?


Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) merupakan urusan pelantikan pegawai daripada skim perkhidmatan lebih rendah ke skim perkhidmatan lain yang lebih tinggi. Terma KPSL telah diubah kepada Peningkatan Secara Lantikan atau PSL berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2013.


13.

Apakah pertukaran pelantikan?


Pertukaran pelantikan ialah proses memindahkan seseorang anggota dalam sesuatu skim perkhidmatan ke suatu skim perkhidmatan yang lain.Dasar ini dijelaskan melalui Pekeling Perkhidmatan Bilangan 17 tahun 2002.


14.

Apakah syarat kelulusan Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dalam Perkhidmatan awam?


Syarat Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia adalah menjadi dasar bagi pelantikan untuk mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam. Setiap skim perkhidmatan akan menentukan taraf kelulusan yang dikehendaki sama ada di peringkat kepujian atau lulus dalam SPM/PMR mengikut keperluan perkhidmatan.


15.

Siapakah Pihak Berkuasa Melantik (PBM)?


Pihak Berkuasa Melantik (PBM) ialah pihak yang mempunyai atau diberi kuasa undang-undang untuk melantik seseorang ke dalam sesuatu perkhidmatan.


16.

Kepada siapakah Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) diberikan?


Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) diberikan anggota dalam kepada skim-skim perkhidmatan tertentu yang mana skim perkhidmatan tersebut memperuntukkan Kelayakan Masuk Pelbagai. Anggota mendapat HPG berikutan memperolehi kelayakan akademik yang lebih tinggi ketika dalam perkhidmatan dan tertakluk kepada terdapat ruang pergerakan gaji secara mendatar.


17.

Apakah kelayakan masuk pelbagai (KMP)?


Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) ialah syarat pelantikan ke sesuatu perkhidmatan yang membolehkan seseorang calon dilantik berasaskan kelayakan akademik yang berbeza-beza peringkat kelulusan atau bidang pengajian dengan dibayar gaji permulaan yang berbeza selaras dengan peringkat dan bidang kelayakan berkenaan.


18.

Bagaimanakah perkhidmatan kritikal ditentukan?


Penentuan perkhidmatan kritikal berdasarkan 4 kriteria utama, iaitu: · Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.  · Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota yang terlatih.  · Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut.  · Keadaan persekitaran kerja . Kadar elaun adalah 5% kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 10% kepada kumpulan Sokongan.


19.

Bagaimana mengetahui skim perkhidmatan yang sesuai dengan kelayakan akademik ?


Kelayakan akademik dan bidang merupakan perkara penting bagi memastikan anda memilih kerjaya /skim perkhidmatan yang sesuai dan anda minati. Maklumat kelayakan akademik dan penjelasan kerjaya /skim perkhidmatan yang sesuai.


20.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat tentang semua skim perkhidmatan ?


Dokumen Perbekalan Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia boleh didapati di laman web JPA dibawah tajuk Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan SSM bil 4/2002.


22.

Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan skim-skim perkhidmatan baharu atau pindaan skim perkhidmatan?


Sebarang cadangan pindaan atau penggubalan skim perkhidmatan baharu akan diangkat bagi pertimbangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Sebelum ini, JKK-TPA dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA).


23.

Apakah kemasukan Lateral ?


Kemasukan Lateral ialah pelantikan ke mana-mana gred kenaikan pangkat di dalam skim perkhidmatan tersebut.


25.

Berapakah had umur bagi pelantikan secara PSL?


Had umur pelantikan secara PSL adalah seperti berikut: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


26.

Apakah kelayakan minimum untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam?


Kelayakan minimum yang ditetapkan bagi pelantikan ke gred terendah dalam perkhidmatan awam iaitu Gred 11 ialah memiliki PT III/ PMR/ SRP serta mendapat kepujian Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut.


27.

Bagaimanakah cara untuk menyemak nilai taraf kelayakan akademik bagi tujuan pelantikan ke dalam perkhidmatan awam?


Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah merupakan salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam perkhidmatan awam. Untuk membuat semakan nilai taraf sesuatu kelayakan akademik, semakan boleh dibuat secara atas talian di https://app.mohe.gov.my/iktiraf