A + | A -          

MENU


GLOSARI ISTILAH
Deskripsi istilah dalam skim perkhidmatan.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Senarai dan fungsi utama klasifikasi perkhidmatan.
SYARAT LANTIKAN
RINGKASAN TUGAS
Penghuraian skop fungsi tugas setiap perkhidmatan.
PENGHURAIAN KERJA
Penghuraian kerja setiap perkhidmatan.

 

 

SPA

SPP

 
 

PDRM

ATM

 


KEMBALI

BUTIRAN SKIM PERKHIDMATAN


  Nama Skim Perkhidmatan : Pereka
  Kod Skim : 3DB04
  Klasifikasi Perkhidmatan : BAKAT DAN SENI (B)
  Jenis Skim Perkhidmatan : Bersepadu
  Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP
Pelaksana Berkelayakan SPM
Pelaksana Berkelayakan STPM/Diploma
Pengurusan dan Profesional
  Gred : B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
  Layak BIPK : Tidak
  Kenaikan Pangkat ke

  Kumpulan Pengurusan Tertinggi

: Ya

SYARAT LANTIKAN WAJIB


  -   Warganegara Malaysia
  -   Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  -   Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti

SYARAT LANTIKAN



KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19 :

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
  Gaji Permulaan : B19: RM1,360.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setraf dengannya oleh
Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada
peringkat peperiksaan tersebut;
  Gaji Permulaan : B19: RM1,360.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Vokasional Malaysia
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  Gaji Permulaan : B19: RM1,360.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  Gaji Permulaan : B19: RM1,418.12

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  Gaji Permulaan : B19: RM1,476.24

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B21, B25 :

  Kelayakan Masuk :  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan
seperti berikut:

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni
Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.

(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan.
  Gaji Permulaan : B21: RM2,047.00
B25: RM2,597.00

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29 :

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan dan Pengalaman
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang
seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
  Gaji Permulaan : B29: RM1,499.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk :  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat
peperiksaan tersebut.
  Gaji Permulaan : B29: RM1,499.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Sijil Matrikulasi KPM
  Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  Gaji Permulaan : B29: RM1,499.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk :  Diploma
  Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  Gaji Permulaan : B29: RM1,777.78

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B31, B37 :

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan  Pengalaman  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  Diploma
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti
berikut:

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual
pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iv) diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan.
  Gaji Permulaan : Gred B31 : RM2,851.00
Gred B37 : RM3,565.00

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41 :

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan dan Pengalaman
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman
yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis;
  Gaji Permulaan : B41:RM2,095.00

 ATAU

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian
  Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman,
seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  Gaji Permulaan : B41: RM2,302.30

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B43, B47, B51, B53 :

  Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan  Pengalaman  Ijazah Sarjana Muda Kepujian
  Bidang/Kelayakan Khusus : Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina
dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan.
  Gaji Permulaan : B43: RM3,600.00
B47: RM5,162.00;
B51: RM5,797.00;
B53: RM6,124.00.

DAN

  Syarat Lantikan Tambahan :
- Lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan
daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

 

  Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

 


DAN
 
  Bidang Kelayakan Akademik : Senilukis dan Rekabentuk
  Bidang Lain :  


PERUNTUKAN LAIN



  Peruntukan KMP

:

Ya
    Jenis KMP : Akademik
  Peruntukan HPG : Tiada
  Peruntukan Kemasukan Lateral : Ya
  Jenis Naik Pangkat : Biasa
  Peruntukan (KPSL) : Tiada
    KPSL Dari : Tiada
      Syarat KPSL : Tiada
    KPSL Ke : Tiada
      Syarat KPSL : Tiada


RINGKASAN TUGAS


  Ringkasan tugas :
- Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan dan trofi. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan sidang media.



KEMBALI