A + | A -          

MENU


GLOSARI ISTILAH
Deskripsi istilah dalam skim perkhidmatan.
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Pengangkutan (A)

Bakat dan Seni (B)

Sains (C)

Pendidikan (D)

Ekonomi (E)

Sistem Maklumat (F)

Pertanian (G)

Kemahiran (H)

Kejuruteraan (J)

Keselamatan dan Pertahanan Awam (K)

Perundangan dan Kehakiman (L)

Tadbir dan Diplomatik (M)

Pentadbiran dan Sokongan (N)

Pencegahan (P)

Penyelidikan dan Pembangunan (Q)

Sosial (S)

Penguatkuasaan Maritim (T)

Perubatan dan Kesihatan (U)

Kewangan (W)

Polis (Y)

Angkatan Tentera Malaysia (Z)

SYARAT LANTIKAN
RINGKASAN TUGAS
Penghuraian skop fungsi tugas setiap perkhidmatan.
PENGHURAIAN KERJA
Penghuraian kerja setiap perkhidmatan.
 
 

SPA

SPP

 
 

PDRM

ATM

 
       


Pengangkutan (A)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang pengangkutan (pengoperasian dan penguatkuasaan).


Fungsi Utama

1 . Mengawal dan mengurus hal ehwal maritim;
2 . Memastikan keselamatan pengangkutan darat melalui kawalan dan pengurusan ke atas kenderaan bermotor dan pemandu;
3 . Mengawas dan melaksanakan pengangkutan udara dari segi perkhidmatan dan penerbangan; dan
4 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi A :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang 3PA04 Pengurusan dan Profesional AT41, AT43/44, AT47/48, AT51/52, AT53/54
2. Pegawai Kawalan Trafik Udara 3PA05 Pengurusan dan Profesional A41, A44, A48, A52, A54
3. Pegawai Laut 3PA06 Pengurusan dan Profesional AL41, AL44, AL48, AL52, AL54
4. Pemeriksa Kapal Terbang 3PA07 Pengurusan dan Profesional AT41, AT43/44, AT47/48, AT51/52, AT53/54
5. Penolong Pegawai Laut 3LA03 Pelaksana A29, A36, A38, A40
6. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara 3LA04 Pelaksana A29, A36, A38, A40
7. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang 3LA05 Pelaksana A29, A36, A38, A40
8. Pembantu Laut 3LA06 Pelaksana A19, A22, A26, A28
9. Pemandu Lokomotif 3DA01 Bersepadu A13, A19/20, A22, A26, A28
10. Pemeriksa Kereta Motor 3DA02 Bersepadu AB19, AB22, AB26, AB29/30, AB36, AB38, AB40

Bakat dan Seni (B)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang bidang tugasnya memerlukan bakat, kreativiti dan/atau kemahiran seni.


Fungsi Utama

1 . Menerbitkan rancangan-rancangan media elektronik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antara kerajaan dan rakyat ke arah pencapaian Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
2 . Menerbitkan filem-filem dan mempersembahkan program seni budaya untuk tujuan hiburan, mendidik, menarik pelancongan dan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan;
3 . Membangunkan program-program kesenian, galakan kebudayaan, penyelidikan dan pembangunan seni muzik;
4 . Melahirkan ciptaan-ciptaan seni (muzik, lukisan penggambaran tarian dan hiasan); dan,
5 . Membuat persembahan kesenian.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi B :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Penerbit Rancangan 3DB01 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
2. Pegawai Kebudayaan 3DB02 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
3. Ahli Muzik 3DB03 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
4. Pereka 3DB04 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B47/48, B51/52, B53/54
5. Artis Budaya 3DB05 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B41/42, B43/44, B51/52, B53/54
6. Jurufotografi 3DB06 Bersepadu B19, B21/22, B25/26, B29/30, B31/32, B37/38, B39/40
7. Jurusolek 3LB01 Pelaksana B19, B21/22, B25/26, B27/28

Sains (C)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya memberi khidmat kepakaran analisis dan kawalan yang berkaitan dengan alam sekitar, kajibumi, galian, pemakanan dan sains tulen.


Fungsi Utama

1 . Perlombongan :
a. Mengawas keselamatan aktiviti perlombongan;


2 . Alam Sekitar :
a. Merancang, menilai, menyusun, menyelaras dan menjalankan aktiviti pengurusan alam sekitar;
b. Memberi perkhidmatan cerakinan, siasatan dan nasihat dalam bidang sains;


3 . Kajicuaca :
a. Membekalkan perkhidmatan kajicuaca termasuk memungut data mengenai cuaca dan ramalan kajicuaca;


4 . Pemakanan :
a. Menjalankan kerja-kerja analisis dan pengawasan mutu makanan serta penyediaan makanan yang sesuai dan seimbang;


5 . Umum :
a. Menjalankan penyelidikan dan ujian dalam bidang-bidang yang berkenaan; dan
b. Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.




Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi C :

Bil.

Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Kawalan Alam Sekitar 3PC02 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
2. Pegawai Teknologi Makanan 3PC03 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
3. Pegawai Meteorologi 3PC07 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
4. Pegawai Sains 3PC08 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
5. Pegawai Penyediaan Makanan 3PC09 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
6. Pegawai Geosains 3PC10 Pengurusan dan Profesional C41, C44, C48, C52, C54
7. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar 3LC01 Pelaksana C29, C32, C38, C40
8. Penolong Pegawai Teknologi Makanan 3LC03 Pelaksana C29, C32, C38, C40
9. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 3LC06 Pelaksana C29, C32, C38, C40
10. Penolong Pegawai Sains 3LC07 Pelaksana C29, C32, C38, C40
11. Penolong Pegawai Meteorologi 3LC08 Pelaksana C29, C32, C38, C40
12. Pembantu Makmal 3LC10 Pelaksana C19, C22, C26, C28
13. Penolong Pegawai Geosains 3LC14 Pelaksana C29, C32, C38, C40
14. Pembantu Geosains 3LC15 Pelaksana C19, C22, C26, C28

Pendidikan (D)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab secara langsung dalam bidang pendidikan/pengajian akademik.


Fungsi Utama

1 . Merancang dasar dan program pendidikan negara;
2 . Melaksana dan menilai program pendidikan;
3 . Memberi pendidikan (sekolah rendah, menengah dan tinggi);dan
4 . Mengawasi perjalanan institusi pendidikan awam dan swasta.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi D :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pensyarah Perubatan 3PD02 Pengurusan dan Profesional DU51P, DU51, DU53/54, Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A, Gred Khas Turus III, Gred Khas Turus II, Gred Khas Turus I, DU55/56
2. Pensyarah Universiti 3PD03 Pengurusan dan Profesional DS45, DS51/52, DS53/54, Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A, Gred Khas Turus III, Gred Khas Turus II, Gred Khas Turus I
3. Pensyarah Pergigian 3PD04 Pengurusan dan Profesional DUG51P, DUG51, DUG53/54, Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A, Gred Khas Turus III, Gred Khas Turus II, Gred Khas Turus I, DUG55/56
4. Guru Bahasa 3PD06 Pengurusan dan Profesional DG41, DG44, DG48, DG52, DG54
5. Pensyarah UiTM 3PD07 Pengurusan dan Profesional DM41, DM45/46, DM51/52, DM53/54, Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A, Gred Khas Turus III, Gred Khas Turus II, Gred Khas Turus I
6. Pensyarah Farmasi 3PD08 Pengurusan dan Profesional DUF45, DUF51/52, DUF53/54, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus I
7. Penolong Pensyarah UiTM 3LD02 Pelaksana DM29, DM32, DM34, DM40
8. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 3DD01 Bersepadu DH29, DH31/32, DH33/34, DH39/40, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54
9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 3DD02 Bersepadu DG29, DG32, DG34, DG38, DG40, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
10. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional 3DD03 Bersepadu DV19, DV21/22, DV29/30, DV35/36, DV37/38, DV39/40, DV41/42, DV43/44, DV47/48, DV51/52, DV53/DV54

Ekonomi (E)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti perdagangan, perusahaan, perindustrian dan pemasaran.


Fungsi Utama

1 . Merangka program untuk pembangunan ekonomi (hutan,perindustrian, komoditi, perdagangan/perniagaan,pelancongan dan perikanan);
2 . Merangka program untuk penggalakan perusahaan;
3 . Melaksanakan dan mengawas program-program pembangunan dan perusahaan;
4 . Mentadbir dan menguatkuasa akta/pendaftaran perniagaan dan akta syarikat dan pendaftaran Akta Cop Dagangan;
5 . Memberi khidmat nasihat/kepakaran kepada kumpulan sasaran; dan
6 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi E :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Perangkawan 3PE01 Pengurusan dan Profesional E41, E44, E48, E52, E54
2. Pegawai Ehwal Ekonomi 3PE02 Pengurusan dan Profesional E41, E44, E48, E52, E54
3. Penolong Pegawai Perangkaan 3LE02 Pelaksana E29, E32, E38, E40
4. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi 3LE03 Pelaksana E29, E32, E38, E40
5. Pembantu Perangkaan 3LE05 Pelaksana E19, E22, E26, E28
6. Pembantu Ehwal Ekonomi 3LE06 Pelaksana E19, E22, E26, E28
7. Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan 3DE02 Bersepadu E19, E22, E26, E29/30, E32, E38, E41/42, E44, E48, E52, E54

Sistem Maklumat (F)


Fungsi Umum

Perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam tugas-tugas pembangunan sistem maklumat, analisis, prosesan dan penstoran data berkomputer.


Fungsi Utama

1 . Membangunkan sistem maklumat pengurusan berkomputer mengikut keperluan agensi-agensi;
2 . Merangka program-program perisian dan pengoperasian komputer;
3 . Berfungsi untuk memasukkan maklumat ke dalam bank data dan bertanggungjawab atas keselamatan data-data;
4 . Bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan sistem komputer;
5 . Memproses data dan mengeluarkan maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki oleh pengguna; dan
6 . Menjalankan kajian keperluan penggunaan komputer dan khidmat kepakaran dengannya bagi agensi-agensi kerajaan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi F :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Teknologi Maklumat 3PF01 Pengurusan dan Profesional F41, F44, F48, F52, F54
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 3LF02 Pelaksana FA29, FA32, FA38, FA40
3. Juruteknik Komputer 3LF03 Pelaksana FT19, FT22, FT26, FT28

Pertanian (G)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab di dalam pembangunan sektor pertanian, perikanan, ternakan dan perhutanan (termasuk hidupan liar) yang memerlukan kelayakan dalam bidang berkaitan.


Fungsi Utama

1 . Merancang program sektor pertanian (pertanian, perikanan, haiwan dan perhutanan) ke arah mempertingkatkan daya pengeluaran hasil sektor pertanian;
2 . Mengawas dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor pertanian;
3 . Memajukan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi moden dan kaedah yang saintifik;
4 . Memberi khidmat kepakaran serta tunjuk ajar petani, penternak dan nelayan;
5 . Mengawal penyakit dan musuh pertanian dan yang berkaitan;dan
6 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi G :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pemelihara Hutan 3PG01 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
2. Pegawai Pertanian 3PG02 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
3. Pegawai Perikanan 3PG03 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
4. Pegawai Hidupan Liar 3PG04 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
5. Pegawai Veterinar 3PG05 Pengurusan dan Profesional GV41, GV44, GV48, GV52, GV54
6. Pengurus Taman/ Ladang 3PG06 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
7. Pegawai Rancangan Tanah 3PG07 Pengurusan dan Profesional G41, G44, G48, G52, G54
8. Penolong Pegawai Pertanian 3LG04 Pelaksana G29, G32, G36, G40
9. Penolong Pegawai Perikanan 3LG05 Pelaksana G29, G32, G36, G40
10. Penolong Pegawai Hidupan Liar 3LG06 Pelaksana G29, G32, G36, G40
11. Penolong Pegawai Rancangan Tanah 3LG07 Pelaksana G29, G32, G36, G40
12. Penolong Pengurus Taman/ Ladang 3LG09 Pelaksana G29, G32, G36, G40
13. Penyelia Rancangan Tanah 3LG12 Pelaksana G19, G22, G26, G28
14. Pembantu Perikanan 3LG13 Pelaksana G19, G22, G26, G28
15. Pembantu Taman/ Ladang 3LG15 Pelaksana G19, G22, G26, G28
16. Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar 3DG01 Bersepadu G19, G22, G26, G29/30, G32, G36, G40
17. Pembantu Hidupan Liar 3DG02 Bersepadu G11, G14, G19/20, G22, G26, G28
18. Pengawas Hutan 3DG03 Bersepadu G11, G14, G19/20, G22, G26, G28
19. Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan 3DG04 Bersepadu G19, G22, G26, G29/30, G32, G36, G40

Kemahiran (H)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang menggunakan sepenuhnya tenaga fizikal dan memerlukan sedikit keupayaan mental, atau perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan penyandangnya memiliki lesen-lesen tertentu seperti dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kilang dan Jentera (JKJ) atau Sijil Kemahiran/Latihan Kemahiran bagi membolehkan ianya berfungsi.


Fungsi Utama

1 . Memandu/menjalankan jentera dan kenderaan;
2 . Melakukan pelbagai tugas rencam yang banyak menggunakan tenaga fizikal atau memerlukan sedikit kemahiran/tidak memerlukan kemahiran; dan
3 . Menjalankan tugas-tugas khusus seperti membaik pulih, menyelenggara kemahiran/ketukangan yang khusus.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi H :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Operator Loji 3LH01 Pelaksana H11, H14, H16, H18
2. Pemandu Kenderaan 3LH02 Pelaksana H11, H14, H16, H18
3. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah 3LH03 Pelaksana H11, H14, H16, H18
4. Pembantu Awam 3LH04 Pelaksana H11, H14, H16, H18
5. Pembantu Kemahiran 3LH05 Pelaksana H19, H22, H26, H28

Kejuruteraan (J)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam pembangunan infrastruktur dan/atau operasi berunsur kejuruteraan dan memerlukan kelayakan serta pengetahuan teknikal.


Fungsi Utama

1 . Merancang pelaksanaan dan menentukan tatacara/strategi pelaksanaan projek-projek fizikal negara;
2 . Mengawas pelaksanaan projek/kerja dan pengendalian bengkel;
3 . Memeriksa, menguji, mengawas dan mengkoordinasi jentera/khidmat teknikal;
4 . Menyediakan perkhidmatan latihan runding cara dan menjalankan penyelidikan kejuruteraan; dan
5 . Menguatkuasakan akta-akta berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi J :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Arkitek Landskap 3PJ01 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
2. Arkitek 3PJ02 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
3. Juruukur Bangunan 3PJ03 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
4. Jurugeospatial 3PJ04 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
5. Pegawai Perancang Bandar dan Desa 3PJ05 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
6. Jurutera 3PJ06 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
7. Pemeriksa Kilang dan Jentera 3PJ07 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
8. Juruukur Bahan 3PJ08 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
9. Juruukur 3PJ09 Pengurusan dan Profesional J41, J44, J48, J52, J54
10. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa 3LJ02 Pelaksana JA29, JA36, JA38, JA40
11. Penolong Juruukur Bahan 3LJ05 Pelaksana JA29, JA36, JA38, JA40
12. Penolong Arkitek Landskap 3LJ06 Pelaksana JA29, JA36, JA38, JA40
13. Penolong Juruukur Bangunan 3LJ07 Pelaksana J29, J36, J38, J40
14. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera 3LJ08 Pelaksana JA29, JA36, JA38, JA40
15. Penolong Juruukur 3LJ09 Pelaksana JA29, JA36, JA38, JA40
16. Merinyu Tali Air 3LJ11 Pelaksana J19, J22, J26, J28
17. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera 3LJ12 Pelaksana J19, J22, J26, J28
18. Penjaga Jentera Elektrik 3LJ18 Pelaksana J19, J22, J26, J28
19. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera 3DJ02 Bersepadu JA19, JA22, JA26, JA29/30, JA36, JA38, JA40
20. Pelukis Pelan (Seni Bina)/ Penolong Pegawai Seni Bina 3DJ03 Bersepadu JA19, JA22, JA26, JA29/30, JA36, JA38, JA40

Keselamatan dan Pertahanan Awam (K)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang keselamatan dan pertahanan awam.


Fungsi Utama

1 . Mengurus, melaksana dan menguatkuasa undang-undang dan mengekalkan keamanan dan keselamatan negara;
2 . Merancang dan melaksanakan program banduan-banduan dan pemulihan akhlak;
3 . Memelihara dan mengekalkan keselamatan dengan cara melaksanakan dasar yang berkaitan dengan imigresen dan pendaftaran negara serta dasar keselamatan perlindungan ke atas rahsia rasmi kerajaan; dan
4 . Menguatkuasakan undang-undang dan akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi K :

Bil.

Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Penguasa Bomba 3PK02 Pengurusan dan Profesional KB41, KB44, KB48, KB52, KB54
2. Penguasa Penjara 3PK03 Pengurusan dan Profesional KA41, KA44, KA48, KA52, KA54
3. Pegawai Keselamatan 3PK04 Pengurusan dan Profesional KP41, KP44, KP48, KP52, KP54
4. Pegawai Pertahanan Awam 3PK05 Pengurusan dan Profesional KP41, KP44, KP48, KP52, KP54
5. Pegawai Penguat Kuasa 3PK06 Pengurusan dan Profesional KP41, KP44, KP48, KP52, KP54
6. Penolong Penguasa Penjara 3LK04 Pelaksana KA29, KA32, KA38, KA40
7. Penolong Pegawai Keselamatan 3LK05 Pelaksana KP29, KP32, KP38, KP40
8. Penolong Pegawai Pertahanan Awam 3LK06 Pelaksana KP29, KP32, KP38, KP40
9. Penolong Penguasa Bomba 3LK07 Pelaksana KB29, KB32, KB38, KB40
10. Pegawai Bomba 3LK08 Pelaksana KB19, KB22, KB24, KB26, KB28
11. Pembantu Pertahanan Awam 3LK09 Pelaksana KP19, KP22, KP26, KP28
12. Pegawai Penjara 3LK11 Pelaksana KA19, KA20, KA22, KA24, KA26, KA28
13. Pegawai Imigresen 3LK12 Pelaksana KP19, KP22, KP26, KP28
14. Pembantu Keselamatan 3LK13 Pelaksana KP19, KP22, KP26, KP28
15. Pembantu Pendaftaran 3LK14 Pelaksana KP19, KP22, KP26, KP28
16. Pengawal Keselamatan 3LK15 Pelaksana KP11, KP14, KP16, H18
17. Penolong Pegawai Penguat Kuasa 3LK16 Pelaksana KP29, KP32, KP38, KP40
18. Pembantu Penguat Kuasa 3LK17 Pelaksana KP19, KP22, KP26, KP28
19. Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran 3DK01 Bersepadu KP29, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54
20. Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen 3DK02 Bersepadu KP29, KP32, KP38, KP41/42, KP44, KP48, KP52, KP54

Perundangan dan Kehakiman (L)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam penggubalan undang-undang, pentafsiran, pendakwaan dan kehakiman.


Fungsi Utama

1 . Perundangan :
a. Menggubal undang-undang;
b. Memberi nasihat perundangan kepada kerajaan;
c. Mewakili dan membela kerajaan di mahkamah;
d. Memberi arahan ke atas penyiasatan kes-kes jenayah dan sivil serta pendakwaannya;

2 . Kehakiman :
a. Melaksanakan pentadbiran keadilan mengikut enakmen yang ditetapkan;
b. Mentadbirkan undang-undang yang berkaitan dengan Amanah Raya, pesaka dan khidmat bantuan guaman; dan

3 . Syariah :
a. Melaksanakan pentadbiran keadilan mengikut enakmen pentadbiran hukum syarak.



Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi L :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Syariah 3PL01 Pengurusan dan Profesional LS41, LS44, LS48, LS52, LS54
2. Pegawai Undang-Undang 3PL02 Pengurusan dan Profesional L41, L44, L48, L52, L54
3. Jurubahasa 3DL01 Pelaksana LA19, LA22, LA26, LA29/30, LA32, LA38, LA40
4. Penolong Pegawai Syariah 3LL01 Pelaksana LS29, LS32, LS38, LS40
5. Penolong Pegawai Undang-Undang 3LL02 Pelaksana L29, L32, L38, L40
6. Pembantu Syariah 3LL03 Pelaksana LS19, LS22, LS26, LS28
7. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) 3LL04 Pelaksana L19, L22, L26, L28

Tadbir dan Diplomatik (M)


Fungsi Umum

Perkhidmatan utama yang bertanggungjawab dalam penggubalan, perancangan dan pengawalan pelaksanaan dasar-dasar awam dan perhubungan antarabangsa.


Fungsi Utama

1 . Menggubal dasar-dasar awam;
2 . Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program dan projek awam serta menilai keberkesanan program dan kemajuan projek awam;
3 . Menerajui keseluruhan jentera perkhidmatan awam;
4 . Memberi khidmat kepakaran dalam perkhidmatan awam;
5 . Memulihkan organisasi yang telah menjadi lemah dan tidak lagi berkesan;
6 . Mengenal pasti masalah organisasi dan menentukan kaedah penyelesaian; dan
7 . Membuat keputusan berdasar kepada kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi M :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik 3PM01 Pengurusan dan Profesional M41, M44, M48, M52, M54

Pentadbiran dan Sokongan (N)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar serta peraturan-peraturan dalam pentadbiran awam dan/atau berperanan dalam memberi khidmat sokongan kepada lain-lain perkhidmatan supaya perkhidmatan yang disokong itu dapat berfungsi dengan berkesan.


Fungsi Utama

1 . Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar dan peraturan-peraturan mengenai personel, organisasi, kewangan dan yang berkaitan dengannya;
2 . Mengawal dan mempastikan supaya undang-undang dan peraturan dipatuhi sepenuhnya;
3 . Merangka dan mengurus sistem maklumat pengurusan;
4 . Menilai keberkesanan program-program pengurusan dan pembangunan;
5 . Mentadbir peraturan yang dipakai;
6 . Memberi pelbagai perkhidmatan sokongan; dan
7 . Menguatkuasakan akta-akta berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi N :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Penyelidik Sosial 3PN02 Pengurusan dan Profesional N41, N44, N48, N52, N54
2. Pegawai Penerbitan 3PN03 Pengurusan dan Profesional N41, N44, N48, N52, N54
3. Pengurus Asrama 3PN05 Pengurusan dan Profesional N41, N44, N48, N52, N54
4. Pegawai Tadbir 3PN06 Pengurusan dan Profesional N41, N44, N48, N52, N54
5. Penolong Pengurus Asrama 3LN05 Pelaksana N29, N32, N36, N40
6. Penolong Pegawai Tanah 3LN06 Pelaksana NT29, NT32, NT36, NT40
7. Penolong Pegawai Tadbir 3LN07 Pelaksana N29, N32, N36, N40
8. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial 3LN08 Pelaksana N29, N32, N36, N40
9. Penolong Pegawai Penerbitan 3LN09 Pelaksana N29, N32, N36, N40
10. Penghulu 3LN11 Pelaksana NP29, NP32, NP36, NP40
11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) 3LN14 Pelaksana N19, N22, N26, N28
12. Pemeriksa Cap Jari 3LN15 Pelaksana N19, N22, N26, N28
13. Pegawai Khidmat Pelanggan 3LN16 Pelaksana N19, N22, N26, N28
14. Pembantu Penerbitan 3LN17 Pelaksana N19, N22, N26, N28
15. Pembantu Penyelidik Sosial 3LN22 Pelaksana N19, N22, N26, N28
16. Penyelia Asrama 3LN24 Pelaksana N19, N22, N26, N28
17. Pembantu Pengurusan Murid 3LN25 Pelaksana N19, N22, N26, N28
18. Juruaudio Visual 3LN26 Pelaksana N19, N22, N26, N28
19. Operator Wayarles 3LN27 Pelaksana N19, N22, N26, N28
20. Pembantu Penyediaan Makanan 3LN28 Pelaksana N19, N22, N26, N28
21. Bentara Parlimen 3LN29 Pelaksana N11, N14, N16, N18
22. Penghantar Notis 3LN31 Pelaksana N11, N14, N16, N18
23. Pembantu Operasi 3LN36 Pelaksana N11, N14, N16, N18
24. Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah 3DN01 Bersepadu NT19, NT22, NT26, NT29/30, NT32, NT36, NT40
25. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat 3DN02 Bersepadu N19, N22, N29/30, N32, N36, N40

Pencegahan (P)


Fungsi Umum

Perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam bidang pencegahan rasuah di Malaysia.


Fungsi Utama

1 . Menjalankan siasatan berhubung gejala rasuah negara;
2 . Meningkatkan keupayaan rasuah negara.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi P :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Penolong Pegawai Siasatan/Pegawai Siasatan 3DP01 Bersepadu P29, P31/32, P37/38, P41/42, P43/44, P47/48, P51/P52, P53/54

Penyelidikan dan Pembangunan (Q)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan sains tulin yang fungsinya bertanggungjawab dalam penyelidikan asas dan gunaan ke arah pembangunan teknologi dan ciptaan-ciptaan baru.


Fungsi Utama

1 . Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan penemuan baru;
2 . Menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan kualiti ciptaan yang sedia ada;
3 . Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran;
4 . Menilai dan menentukan hasil penyelidikan itu dapat digunakan untuk tujuan pembangunan; dan
5 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi Q :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Penyelidik 3PQ02 Pengurusan dan Profesional Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
2. Penolong Pegawai Penyelidik 3LQ01 Pelaksana Q29, Q32, Q36, Q40
3. Pembantu Penyelidik 3LQ02 Pelaksana Q19, Q22, Q26, Q28

Sosial (S)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam hal ehwal keagamaan, kemasyarakatan, kebajikan, riadah dan psikologi.


Fungsi Utama

1 . Keagamaan :
a. Menjalankan usaha-usaha untuk melahirkan sebuah masyarakat Islam yang mengikut dan menghayati ajaran Islam seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah;
b. Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam;
c. Memungut zakat fitrah dari umat Islam;
d. Menjalankan penyelidikan dan perancangan untuk mewujudkan pentadbiran yang teratur dalam syiar Islam serta mendaulatkan undang-undang Islam;

2 . Khazanah Maklumat dan Warisan :
a. Memungut, memelihara dan menyimpan warisan-warisan sejarah dan kebudayaan negara;
b. Menjalankan aktiviti-aktiviti menyelamat dan memelihara khazanah peninggalan sejarah dan kebudayaan;
c. Menghasilkan penyelidikan dan penulisan mengenai warisan-warisan sejarah dan kebudayaan dan mempamerkan untuk tatapan orang ramai;
d. Mengumpul dan memelihara segala rekod negara yang mempunyai nilai-nilai kebangsaan dan unsur sejarah untuk kemudahan rujukan dan penyelidikan oleh agensi-agensi kerajaan atau awam;
e. Memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan di atas kaedah-kaedah menyimpan rekod-rekod dengan teratur dan sistematik mengikut undang-undang Arkib Negara;
f. Memberi perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat;

3 . Kebajikan :
a. Membantu, memulih dan meningkatkan kehidupan orang tua, keluarga dan orang miskin serta orang-orang cacat;
b. Mengurangkan masalah akhlak di kalangan remaja;
c. Memberi galakan, dorongan dan panduan kepada pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk menyediakan perkhidmatan kebajikan;
d. Menjalankan aktiviti untuk pembangunan taraf sosio-ekonomi masyarakat;

4 . Belia dan Sukan :
a. Melatih belia-belia dalam kemahiran vokasional dan keusahawanan serta disiplin diri;
b. Menyediakan kemudahan dan latihan sukan; dan

5 . Psikologi:
Merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar dan perkhidmatan
psikologi berdasarkan aplikasi psikologi (penilaian personel, pembangunan
personel, penyelidikan dan intervensi) dalam bidang psikologi, kaunseling dan
psikologi klinikal melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan
intervensi dalam konteks seperti berikut:

a. Pengurusan Sumber Manusia - kepada penjawat awam, ahli keluarga, pesara
dan pelajar tajaan.

b. Pembangunan Manusia dan Komuniti - kepada kumpulan sasar kanak-kanak,
warga emas, orang kurang upaya (OKU), keluarga, orang papa, mangsa
bencana, mangsa keganasan rumah tangga, pesalah muda, komuniti rentan dan
mangsa pemerdagangan orang.

c. Keselamatan dan Ketenteraman Awam - kepada mangsa, suspek, saksi,
keluarga mangsa dan pesalah kanak-kanak.

d. Kesihatan - kepada pesakit.

e. Pendidikan - kepada pelajar

f. Koreksional dan Rehabilitasi - kepada tahanan reman, tahanan, banduan,
banduan sabitan, penghuni juvana, orang diparol (ODP), dan orang diselia
(ODS).

6 . Umum :
Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.



Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi S :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Arkib 3PS01 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
2. Perancang Bahasa 3PS02 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
3. Kurator 3PS03 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
4. Pegawai Psikologi 3PS04 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
5. Pegawai Antidadah 3PS05 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
6. Pustakawan 3PS06 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
7. Pegawai Penerangan 3PS07 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
8. Pegawai Belia dan Sukan 3PS08 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
9. Pegawai Perhubungan Perusahaan 3PS09 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
10. Pegawai Berita 3PS10 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
11. Pegawai Pembangunan Masyarakat 3PS12 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
12. Pegawai Hal Ehwal Islam 3PS13 Pengurusan dan Profesional S41, S44, S48, S52, S54
13. Penolong Pustakawan 3LS01 Pelaksana S29, S32, S38, S40
14. Penolong Perancang Bahasa 3LS02 Pelaksana S29, S32, S38, S40
15. Penolong Pegawai Arkib 3LS03 Pelaksana S29, S32, S38, S40
16. Penolong Pegawai Psikologi 3LS04 Pelaksana S29, S32, S38, S40
17. Penolong Pegawai Belia dan Sukan 3LS05 Pelaksana S29, S32, S38, S40
18. Penolong Kurator 3LS06 Pelaksana S29, S32, S38, S40
19. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam 3LS07 Pelaksana S29, S32, S38, S40
20. Penolong Pegawai Penerangan 3LS09 Pelaksana S29, S32, S38, S40
21. Penolong Pegawai Antidadah 3LS10 Pelaksana S29, S32, S38, S40
22. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan 3LS11 Pelaksana S29, S32, S38, S40
23. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 3LS12 Pelaksana S29, S32, S38, S40
24. Wartawan 3LS13 Pelaksana S29, S32, S38, S40
25. Pembantu Belia dan Sukan 3LS14 Pelaksana S19, S22, S26, S28
26. Pembantu Arkib 3LS15 Pelaksana S19, S22, S26, S28
27. Pembantu Penerangan 3LS18 Pelaksana S19, S22, S26, S28
28. Pembantu Pemuliharaan 3LS19 Pelaksana S19, S22, S26, S28
29. Pembantu Antidadah 3LS20 Pelaksana S19, S22, S26, S28
30. Pembantu Hal Ehwal Islam 3LS21 Pelaksana S19, S22, S26, S28
31. Pembantu Perhubungan Perusahaan 3LS22 Pelaksana S19, S22, S26, S28
32. Pembantu Pembangunan Masyarakat 3LS23 Pelaksana S19, S22, S26, S28
33. Pembantu Pustakawan 3LS24 Pelaksana S19, S22, S26, S28
34. Pembantu Muzium 3LS25 Pelaksana S19, S22, S26, S28

Perubatan dan Kesihatan (U)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan kesihatan dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal dan mempertingkatkan taraf kesihatan awam.


Fungsi Utama

1 . Merancang program perubatan dan kesihatan negara;
2 . Mengawasi dan menentukan tahap kesihatan berada diperingkat yang ditetapkan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO);
3 . Mengawal dan mencegah penyakit serta memulih pesakit;
4 . Memberi perkhidmatan rawatan dan kaunseling (khidmat nasihat kepada pesakit) serta menilai keberkesanan rawatan;
5 . Menjalankan dalam kerja penyelidikan yang berkaitan dengan penyakit dan ubat-ubatan (bersama-sama dengan Pegawai Penyelidik dan lain-lain pegawai yang berkaitan); dan
6 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi U :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pengajar 3PU01 Pengurusan dan Profesional U41, U44, U48, U52, U54
2. Pegawai Optometri 3PU02 Pengurusan dan Profesional U41, U44, U48, U52, U54
3. Pegawai Dietetik 3PU03 Pengurusan dan Profesional U41, U44, U48, U52, U54
4. Pegawai Farmasi 3PU04 Pengurusan dan Profesional UF41, UF44, UF48, UF52, UF54
5. Pegawai Pergigian 3PU05 Pengurusan dan Profesional UG41, UG44, UG48, UG52, UG54, Pakar UG56
6. Pegawai Pemulihan Perubatan 3PU06 Pengurusan dan Profesional U41, U44, U48, U52, U54
7. Pegawai Perubatan 3PU07 Pengurusan dan Profesional UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54, Pakar UD55/56
8. Jurupulih Perubatan 3LU01 Pelaksana U29, U32, U36, U38, U40
9. Penolong Pegawai Farmasi 3LU02 Pelaksana U29, U32, U36, U38, U40
10. Juruteknologi Makmal Perubatan 3LU03 Pelaksana U29, U32, U36, U38, U40
11. Juruteknologi Pergigian 3LU04 Pelaksana U29, U32, U36, U38, U40
12. Juruterapi Pergigian 3LU05 Pelaksana U29, U32, U36, U38, U40
13. Pembantu Pembedahan Pergigian 3LU06 Pelaksana U19, U24, U26, U28
14. Pembantu Kesihatan Awam 3LU07 Pelaksana U19, U24, U26, U28
15. Juruteknik Perubatan 3LU08 Pelaksana U19, U24, U26, U28
16. Jururawat Masyarakat 3LU09 Pelaksana U19, U24, U26, U28
17. Pembantu Perawatan Kesihatan 3LU10 Pelaksana U11, U14, U16, U18
18. Penolong Pegawai Perubatan 3DU01 Bersepadu U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
19. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran 3DU02 Bersepadu U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
20. Juru X-Ray 3DU03 Bersepadu U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
21. Jururawat 3DU04 Bersepadu U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54

Kewangan (W)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang pengutipan hasil dan/atau pengurusan kewangan dan perakaunan.


Fungsi Utama

1 . Perakaunan
a. Membangun serta memajukan sistem dan kawalan perakaunan awam;
b. Menyedia perkhidmatan perakaunan kepada agensi-agensi awam;

2 . Kastam dan Eksais
a. Memungut cukai tidak langsung (cukai kastam, eksais, jualan, perkhidmatan dan dari kenderaan);
b. Mengawal import dan eksport barang-barang yang bertentangan dengan kepentingan negara;

3 . Penilaian
a. Memberi perkhidmatan penilaian dan pengurusan harta untuk tujuan percukaian;

4 . Audit
a. Mengaudit agensi-agensi awam; dan

5 . Umum
a. Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.


Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi W :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Juruaudit 3PW03 Pengurusan dan Profesional W41, W44, W48, W52, W54
2. Pegawai Kewangan 3PW05 Pengurusan dan Profesional W41, W44, W48, W52, W54
3. Akauntan 3PW06 Pengurusan dan Profesional WA41, WA44, WA47/48, WA51/52, WA53/54
4. Penguasa Kastam 3PW07 Pengurusan dan Profesional WK41, WK44, WK48, WK52, WK54
5. Pegawai Penilaian 3PW08 Pengurusan dan Profesional W41, W44, W48, W52, W54
6. Penolong Penguasa Kastam 3LW02 Pelaksana WK29, WK32, WK36, WK40
7. Penolong Akauntan 3LW03 Pelaksana W29, W32, W36, W40
8. Penolong Juruaudit 3LW04 Pelaksana W29, W32, W36, W40
9. Penolong Pegawai Penilaian 3LW05 Pelaksana W29, W32, W36, W40
10. Pembantu Juruaudit 3LW06 Pelaksana W19, W22, W26, W28
11. Pembantu Akauntan 3LW07 Pelaksana W19, W22, W26, W28
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) 3LW08 Pelaksana W19, W22, W26, W28
13. Pembantu Penguasa Kastam 3LW09 Pelaksana WK19, WK22, WK26, WK28
14. Pembantu Penilaian 3LW10 Pelaksana W19, W22, W26, W28

Penguatkuasaan Maritim (T)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang pengurusan Zon Maritim Malaysia (pengoperasian dan penguatkuasaan).


Fungsi Utama

1 . Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia;
2 . Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat;
3 . Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan;
4 . Memberikan bantuan berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar;
5 . Melaksanakan pengawasan udara dan pantai;
6 . Mengawal dan mencegah pencemaran maritim; dan
7 . Mencegah dan menyekat aktiviti pelanunan serta pengedaran dadah narkotik secara
haram.


Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi T :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Penguat Kuasa Maritim 3PT01 Pengurusan dan Profesional T13, T14, T16, T18, T20, T22, T24
2. Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim 3DT01 Bersepadu T1, T2, T4, T5/6, T8, T10, T12

Polis (Y)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam.


Fungsi Utama

1 . Melaksanakan semua dasar-dasar bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara;
2 . Mengurus, melaksana dan menguatkuasa undang-undang dan mengekal keamanan dan keselamatan negara; dan
3 . Menguatkuasakan undang-undang dan akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi Y :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Kanan Polis 3PY01 Pengurusan dan Profesional YA13, YA16, YA18, YA20, YA22, YA24
2. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan 3LY01 Pelaksana YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10
3. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli 3LY02 Pelaksana YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10
4. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel 3DY01 Bersepadu YA1, YA2, YA4, YA5/6, YA8, YA10

Angkatan Tentera Malaysia (Z)


Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta melindungi semua hak-hak dan kepentingan stategiknya.


Fungsi Utama

1 . Menguruskan hal pertahanan negara serta menyelenggarakan angkatan tentera negara;
2 . Melaksanakan dasar pertahanan negara serta dasar-dasar kerajaan yang lain; dan
3 . Menguruskan sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan negara.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi Z :
Bil. Skim Perkhidmatan Kod Skim Jenis Skim Perkhidmatan Gred
1. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia 3PZ01 Pengurusan dan Profesional ZAL13, ZAL15, ZA15, ZA16, ZA18, ZA20, ZA22, ZA24, ZA26
2. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia 3DZ01 Bersepadu ZAL1, ZA1, ZA2, ZA4, ZA6, ZA8, ZA10, ZA12